Translate

17/02/2012

PAS TERENGGANU SUDAH KETANDUSAN IDEA / ISU - PERBAHARUI LAPORAN STADIUM RUNTUH (ISU LAPOK)


Sejak kebelakangan ini pemimpin tertinggi PAS diseluruh negara telah ketandusan idea/isu untuk menarik minat pengundi-pengundi. Kesemua mereka hanya mencari kesalahan peribadi secara individu demi untuk kepentingan politik yang kian pupus ditelan zaman, tidak seperti zaman Dato' Fadzil Nor. Rakyat sudah muak dan benci serta bosan dengan telatah pemimpin-pemimpin PAS ketika ini.

John Soh tidak bersetuju membiayai RM300 juta untuk Anuar

Image Detail

Keengganan seorang ahli perniagaan, John Soh Chee Wen, 50, menyumbangkan RM300 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim empat tahun lalu dikatakan menjadi punca Ketua Pembangkang itu kempunan untuk menduduki Putrajaya seperti diimpikan beliau pada 16 September 2008.

Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang pernah rapat dengan Anwar mendakwa, wang RM300 juta itu sangat diperlukan Anwar ketika itu untuk digunakan sebagai bayaran 'pendorong' RM10 juta seorang bagi 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti dan seterusnya membantu beliau merampas Putrajaya.

Internet dominasi jenayah siber

Image Detail
Gambar hiasan
Jenayah penipuan internet mencatatkan jumlah aduan tertinggi melibatkan insiden keselamatan siber yang dilaporkan di negara ini awal tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia, Prof. Datuk Husin Jazri berkata, daripada 954 aduan yang diterima oleh Pusat Bantuan Cyber999 Januari lepas, 492 daripadanya adalah berbentuk penipuan.

Akhbar Jerusalem Post puji Anwar


Akhbar terkemuka Israel, The Jerusalem Post menerusi penulisnya, Michael Ordman menyambut baik sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap segala usaha yang dapat menjamin keselamatan negara haram itu.

Ordman yang diiktiraf pemikirannya oleh Jerusalem Post kerana prihatin terhadap teknologi bagi menjamin kelangsungan Israel berkata, beliau secara peribadi gembira dengan kenyataan yang dibuat Ketua Pembangkang itu.

16/02/2012

Pejabat syarikat milik penjaga gol Apek disimbah cat


KOTA BHARU: Selepas dipalit kontroversi dan menjadi mangsa fitnah, penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, berdepan dengan ancaman lain pula apabila bangunan pejabat syarikat miliknya disimbah cat hitam.

Bangunan syarikat Khairul Fahmi Resources Sdn Bhd (KFR) milik penjaga gawang nasional yang lebih dikenali sebagai Apek itu telah disimbah cat hitam sebanyak tiga kali.

SMS SUMBER MAKLUMAT UTAMA?

Image Detail

Dalam kajian oleh sekumpulan pensyarah UITM pada Julai hingga Disember 2011, mereka mendapati bahawa akhbar perdana adalah medium terakhir akan dibaca oleh rakyat manakala SMS/MMS akan menjadi sumber maklumat utama pada PRU13.

15/02/2012

Baru Zaid Ibrahim tahu langit itu tinggi atau rendah


BERCAKAP dan mengkritik itu mudah. Bila sampai giliran kita menjadi ketua atau pemimpin barulah kita tahu langit itu tinggi atau rendah.


Inilah yang berlaku kepada Zaid Ibrahim presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA). Semasa menganggotai Kabinet selaku menteri di Jabatan Perdana Menteri (Portfolio Undang-Undang) beliau banyak melakukan tindakan yang dilihat tidak selari dengan parti yang disertainya. Kononnya untuk menegakkan keadilan dan sebagainya. Dalam banyak hal kenyataannya cukup lantang dan melihat orang lain semuanya tidak betul dan tidak pandai.

Bibit kebencian ahli PAS terhadap Karpal mula subur kembali

Pas sudah lari daripada prinsip dan perjuangan asalnya dan perlu balik kepada perjuangan sebenar, kata Pengerusi Tetap Kawasan Tanjong, Zaidi Abu Bakar.

Sehubungan itu beliau berharap Pas dapat kembali kepada perjuangan asal seperti yang diamalkan pada masa pentadbiran bekas Presiden, Allahyarham Datuk Mohd Fadzil Noor.

"Kami meminta supaya Pas kembali ke pangkal jalan dan memperjuangkan Islam seperti mana yang dibawa oleh Fadzil Noor.

Jangan Bakhil

Bakhil ialah kedekut atau kikir atau lokek. 

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang pemurah seperti dua orang yang memakai baju besi yang menutupi dadanya sampai ke leher. Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badannya hingga ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya). Sedangkan orang yang kedekut disebabkan dia tidak mahu menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap cantuman bajunya sendat di tempatnya, dia berusaha mahu melonggarkannya tetapi tidak pula longgar.” (HR Bukhari)

14/02/2012

FATWA FULAMAK USTAS KARPAL SINGH MENGENAI HARI KEKASIH


Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya memberi amaran kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh agar tidak mempertikaikan syariat Islam berhubung sambutan Hari Kekasih.

Beliau menegaskan, Karpal bukan ulama Islam dan sama sekali tidak boleh mempertikaikan syariat yang dilaksanakan oleh Islam.

Beliau turut menggesa pihak- pihak yang bersahabat dengan Karpal terutama Pas supaya menilai kembali persahabatan dan ‘kemesraan’ yang terjalin antara mereka.

13/02/2012

MALU BESAR PAS TAHUN 2012

Image Detail

TANDA-TANDA KEHANCURAN PAS MENJELANG PRU13 - KEPIAH PAS SELANGOR SUDAH DITUKAR DENGAN TOPI!...


Walaupun penulis agak sibuk dengan tugasan, namun penulis juga sentiasa bersiap sedia dan tdk pernah ketinggalan mengikuti perkembangan politik semasa tanah air.Bagi penulis tiada kompromi berkaitan dengan islam, bangsa dan negara jika ianya dikianati, tidak kira angkara siapa dan dari parti mana.


Siapa tidak kenal Hassan Ali orang2 pas di Selangor sdh tentulah lebih kenal, tetapi Hassan Ali tidaklah sehebat orang pas kenal Nik Aziz, orang PKR kenal Anwar Ibrahim dan orang2 DAP kenal Karpal Singh.

Hasan Ali Dakwa Pemimpin Pas Tak Perjuang Isu Akidah


VALENTINE..BENARKAH IA HANYA KASIH SAYANG?? - Part II

Image Detail

PANDANGAN ISLAM

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:

“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

12/02/2012

VALENTINE..BENARKAH IA HANYA KASIH SAYANG?? - Part I


SEJARAH VALENTINE:

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

11/02/2012

PANAS !! DAP guna isu Ayam KFC untuk juara isu perkauman !


Insiden seorang pekerja KFC I-City menumbuk seorang pelanggan Cina, kini sedang hebat diperkatakan di seluruh Malaysia. Klip video yang dimuatnaikkan oleh seorang RACIST yang cuba membuktikan bahawa seorang anak muda Melayu yang bertugas di restoran makanan segera tersebut seorang RACIST, sebenarnya hanya untuk mencetuskan kemarahan luar biasa terhadap Melayu dan UMNO oleh para pengundi muda bukan Melayu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...