Translate

08/02/2012

Orang Pas muka dok malu: MB

Image Detail

Pengikut Pas sentiasa menanam rasa tidak puas hati terhadap pembangunan dan kebajikan yang dilaksanakan kerajaan negeri mahupun Pusat, di mana pada hakikatnya mereka ibarat `lontar batu sembunyi tangan’.

Sebagaimana perkembangan terbaru, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) cetusan Perdana Menteri menerusi Bajet 2012 kepada seluruh rakyat negara ini yang berpendapatan RM3,000 ke bawah melibatkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM2.6 bilion juga menjadi bahan cercaan kumpulan itu bagi menjayakan agenda politik mereka.

06/02/2012

Macamlah jalan itu hak dia: MB


Pemimpin dan penyokong Pas sanggup mengenepikan hak semua pihak, malah, bertindak menghalang petugas Barisan Nasional (BN) memasang kain rentang di tepi jalan raya sempena lawatan Perdana Menteri ke Parlimen Marang, walaupun mereka menyedari kemudahan awam itu dibina oleh Kerajaan Pusat yang dimanfaatkan semua pihak termasuk pembangkang.

Pantun Seloka buat pembangkang

Image Detail
Seloka yang penuh jenaka dan sindiran dilontarkan Ketua Umno Bahagian Marang, Dato’ Yahya Khatib Mohamad ketika berucap membuka tirai majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Rakyat Dun Rhu Rendang, di Padang Astaka Majis Derah Marang, di Kampung Paya, Marang, semalam (3 Februari).

Tanpa berucap panjang lima seloka yang mengandungi mesej yang cukup jelas untuk difahami itu berjaya menarik perhatian lebih 10,000 rakyat yang membanjiri program berkenaan.

04/02/2012

PRU-13: Pas terus canang taktik lapuk burukkan UMNO

Image Detail
Pas ketandusan modal untuk menghadapi UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila terus mencanang taktik lapuknya dengan memburuk-burukkan parti itu bagi menarik sokongan rakyat.

Seperti lazimnya, pemimpin Pas tidak melepaskan peluang mengguna platform sesi penerangan di serata negeri untuk menabur fitnah kononnya UMNO yang menjadi tunggak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak Islamik.

03/02/2012

Datuk Seri Azizan Abdul Razak belot kepada Pakatan Rakyat

Image Detail

Datuk Seri Azizan Abdul Razak ternyata tidak gentar dengan kritikan sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengenai tindakan beliau tidak mematuhi apa terkandung dalam Buku Jingga yang dikeluarkan pakatan itu.

Ia terbukti apabila hari ini, Menteri Besar Kedah itu secara terbuka berkata, pelaksanaan apa yang terkandung dalam buku itu yang juga manifesto Pakatan Pembangkang bergantung kepada kesesuaian sesuatu negeri.

02/02/2012

Fahaman Anwarisme ancaman paling bahaya


Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. meminta umat Islam tidak memandang ringan pendedahan beliau berhubung 'fahaman Anwarisme'.

Ia kerana, dakwa beliau, sejak kebelakangan ini, satu demi satu bukti mengesahkan bahawa fahaman Anwarisme yang diperjuang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbahaya kepada umat Islam di Malaysia.

GEMPAR : PAS BUKTIKAN PARTI CELIK BUDAYA SETELAH BAGI ANGPOW PADA PENIAGA BABI DI PASAR...BODOH??


Bagi angpow pada peniaga daging babi dikatakan "parti celik budaya". Awatlah bangang sangat pemimpin PAS ni..punyalah nak ambil hati kaum cina untuk mengundi mereka sehingga sanggup menjatuhkan maruah mereka sebagai orang Islam dengan melakukan pekara yang bodoh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...