Translate

01/02/2012

Bukti PAS Memesong pengikutnya


Seperti yang dibentangkan oleh Realiti Politi PAS bagaiman PAS senantiasa cuba mencari jalan untuk memesongkan ahli-ahlinya supaya taksub kepada PAS, Kedah Times tunjukkan satu lagi video membuktikan yang kerja-kerja pemesongan ini sentiasa dilakukan demi survival politik mereka.

Hasan dedah pemimpin parasit


Buat kali pertama, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan pemimpin Pas yang selama ini dianggap ‘parasit’ dengan menamakan Timbalan Pesuruhjaya Pas III negeri, Khalid Samad sebagai individu terbabit.

Beliau yang dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam negeri pada 13 Januari lalu mendakwa, Ahli Parlimen Shah Alam itu sering dilihat menyebarkan fahaman yang tidak menyebelahi Islam selain merupakan individu paling lantang menentang usahanya untuk melarang penjualan minuman keras di kedai-kedai runcit di kawasan penempatan majoriti orang Melayu.

31/01/2012

Jangan Bagi, Walaupun Satu Undi Kepada DAP! Kata Hasan Ali


Datuk Dr Hassan Ali meneruskan sesi ceramahnya pada malam ini yang diadakan di Seksyen 17 Shah Alam. Seramai hampir 5,000 orang telah hadir untuk mendengar ceramah dari Dr Hasan sendiri.

Semakin lama semakin ramai yang hadir, alhamdulillah berkat kesabaran YB Dr Hasan Ali dia kini tidak keseorangan seperti yang didakwa oleh Azmin dan parasit dalam Pas.

30/01/2012

Sikap Lidah Bercabang Anwar Bukan Sesuatu Yang Mengejutkan…

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong setiap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.
Sebaliknya, beliau mahu mengetahui apa pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP berhubung kenyataan ketua pembangkang berkenaan.
“Itu bukan perkara pelik atau mengejutkan kita. Cuma yang kita hendak tahu, apa pendirian Pas, DAP dan PKR dalam hal ini,” katanya.

Majlis Agama Islam Negeri perlu tangani isu pelajar tahfiz kutip derma


Majlis Agama Islam Negeri (Main) diminta mengambil tindakan drastik bagi menangani isu memperalatkan pelajar sekolah tahfiz untuk mengutip derma. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Main perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan fenomena itu kerana ia merupakan satu penipuan kepada ibu bapa.

29/01/2012

TAHNIAH DAN SYABAS - DS HADI BERUNDUR DAN TIDAK BERTANDING !!

Abdul Hadi Awang

DS Seri Hadi Awang faham bahawa beliau tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhu Rendang kepada masyarakat dan pernah memegang jawatan Menteri Besar Terengganu, namun pembangunan serta perubahan yang diinginkan oleh penduduk setempat tidak kesampaian.  Sudah lebih 30 tahun atau 7 penggal DS Hadi bergelar Ahli Dewan Undang Negeri sejak tahun 1982, namun tiada sebarang perubahan atau pembangunan yang dibawa atau dilaksanakan di Daerah Marang, berlebih-lebih lagi DUN Rhu Rendang untuk masyarakat di kawasannya.

28/01/2012

Tahniah Jawatankuasa Pengurusan Kuil Di Sungai Petani Buat Laporan Polis Bantah Kehadiran Anwar

Image Detail

SUNGAI PETANI, 27 Jan (Bernama) -- Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam di sini Jumaat membuat laporan polis bagi membantah kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kuil itu pada 7 Feb depan sempena perayaan Thaipusam.

27/01/2012

TANDA-TANDA KEHANCURAN PAS MENJELANG PRU13 - KEPIAH PAS SELANGOR SDH DITUKAR DENGAN TOPI!...

Image Detail


Walaupun penulis agak sibuk dengan tugasan, namun penulis juga sentiasa bersiap sedia dan tdk pernah ketinggalan mengikuti perkembangan politik semasa tanah air.Bagi penulis tiada kompromi berkaitan dengan islam, bangsa dan negara jika ianya dikianati, tidak kira angkara siapa dan dari parti mana.

Siapa tidak kenal Hassan Ali orang2 pas di Selangor sdh tentulah lebih kenal, tetapi Hassan Ali tidaklah sehebat orang pas kenal Nik Aziz, orang PKR kenal Anwar Ibrahim dan orang2 DAP kenal Karpal Singh.

26/01/2012

Hang Tuah: Banyaknya laporan polis...

Image Detail
SEBELUM perhimpunan 901, hampir 300 repot polis telah dibuat oleh Melayu dan Perkasa bagi menyekat perhimpunan itu daripada terus diadakan pada 9 Januari lalu. Anda juga boleh kira berapa ratus atau ribu repot polis keatas Mohamad Sabu yang berkata Mat Indera pejuang kemerdekaan. Sehingga Prof Khoo Kay Kim kata Malaysia tidak dijajah.

KUASA KETIGA: Dr. Hasan Ali, Dr. Harun Din, Ustaz Nasa…

PENDEKATAN Nik Aziz Nik Mat yang kononnya hanya menekankan Islam semata-mata, sebagai pokok perjuangan Pas kini semakin goyang. Goyangan itu berlaku akibat gegaran bawah tanah yang semakin kuat. Jika diukur dari segi ukuran Richter ia lebih kurang berada pada skala 7.0. Perlu diingat skala magnitud itu semakin naik. Belum dipasti lagi bilakah ia akan mencetuskan gelombang tsunami atau letupan gunung berapi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...