KUALA LUMPUR, 21 JAN : Jabatan Peguam Negara berkata rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, difailkan berdasarkan keterangan dan undang-undang.
Jabatan itu menerusi satu kenyataan berkata rayuan itu juga difailkan tanpa mengikut emosi atau pengaruh mana-mana pihak.