Translate

25/12/2012

Video Eksklusif Ahli PAS Sendiri Mengaku Kafirkan UMNO!


Pendedahan Buku Kafirkah Aku? menyebabkan ramai ahli Pas membuat pengakuan pernah mengkafirkan orang UMNO dan menjadi perpecahan di kalangan orang Islam.
Pengakuan daripada Khaled Mohamad yang pernah memegang jawatan sebagai AJK PAS Dun Jabi, Setiu Terengganu ini membuktikan bahawa Amanat Haji Hadi ini pernah menyebabkan ramai Ahli PAS sanggup mengkafirkan anak-beranak dan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam.
Sehingga kini amanat ini masih lagi berterusan seperti kejadian pada 11 Julai 2012 di Pasir Mas, Kelantan apabila suami, Yahaya Ibrahim yang berusia 78 tahun sanggup menceraikan isterinya Hasnah Che Ahmad yang berusia 61 disebabkan perbezaan parti politik.
Di Terengganu juga pernah berlaku sembahyang dua imam dan masih terdapat 11 masjid yang masih solat dua kariah dalam satu masjid disebabkan oleh Amanat Haji Hadi.
Bukti keratan akhbar Amanat Haji Hadi Masih berterusan…
Sumber:terengganutoday

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...