Translate

15/11/2012

Sambutan Maal Hijrah 1434 tahun ini akan merubah landskap masyarakat Islam di negara ini ke arah yang lebih baik


Bagaimanapun, apakah pengertian Hijrah pada setiap umat Islam di negara ini sekiranya kita masih lagi terbahagi dan berpecah belah, hanya semata-mata kerana perbezaan fahaman politik?

Sedangkan, ajaran Rasulullah SAW dahulu mengajar kita untuk bersatu padu dan merapatkan saf barisan sesama saudara seagama, apatah lagi di akhir zaman ini di mana kita dimomokkan dengan pelbagai cabaran yang menggugat kesucian Islam.

Umat Islam di Malaysia tidak terkecuali dari cabaran yang dipercayai telah diterapkan di dalam kotak pemikiran segelintir pemimpin di negara ini, meskipun dia bertudung litup dan berimej Islamik.

Misalnya, anak sulung Ketua Pembangkang, Nurul Izzah Anwar baru-baru ini menyatakan dengan jelas bahawa umat Islam berbangsa Melayu di negara ini sepatutnya diberikan hak memilih agama ketika berusia 18 tahun dan tidak sebagaimana yang ditetapkan di dalam perlembagaan.

Bagi mereka yang bersetuju dengan corak pemikiran begitu, maka jelaslah bahawa fahaman agama mereka telah “berhijrah” ke arah kehendak golongan orientalis yang sentiasa mencari jalan untuk memurtadkan ramai umat Islam di seluruh dunia.

Begitu juga dengan kewujudan PAS dan PKR di mana tindakan menubuhkan parti-parti itu jelas memecah-belahkan hubungan silaturrahim sesama umat Islam di negara ini.

Misalnya PAS kira-kira 58 tahun dulu, pernah mendakwa bahawa perjuangan mereka berteraskan perjuangan Islam sebelum pucuk pimpinan mereka yang terkini telah merubah prinsip perjuangan mereka itu pada tahun 2008.

Dalam “penghijrahan” PAS pada tahun 2008 itu, parti itu telah kehilangan maruah sehingga menyebabkan perjuangan menubuhkan Negara Islam dan Hukum Hudud digadai begitu saja kepada kehendak DAP dan PKR.

Dengan “hijrah” PAS itu juga, ramai ahli-ahli akar umbinya yang merungut dan malu apabila parti serta perjuangan mereka yang kononnya berteraskan Islam selama ini menjadi lebih sekular dari parti DAP mahupun PKR sendiri.

Misalnya mereka berkata, sekurang-kurangnya PKR adalah sebuah parti “talam bermuka-muka” dan jelas tidak memperjuangkan Islam, tetapi PAS yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup mengadai maruah dan aqidah umat Islam demi kepentingan politik!

Soalnya, dengan semangat Hijrah 1434 ini, apakah PAS akan terus menggadai maruah mereka serta menjadi “keldai pencacai” DAP dan PKR?

Tidakkah PAS sanggup menunaikan kehendak ramai akar umbinya yang menuntut pucuk pimpinan mereka “berhijrah” ke arah yang lebih baik berbanding meneruskan persahabatan mereka dengan “syaitan-syaitan” yang mencabar kedudukan Islam di negara ini.

Bersediakah pucuk pimpinan PAS untuk berhijrah ke arah “tahaluf siyasi” yang lebih menguntungkan umat Islam berbanding “bertahaluf siyasi” bersama “syaitan-syaitan itu”?

Alangkah baiknya jika PAS bertahaluf siyasi dengan BN dan membentuk sebuah kerajaan yang lebih baik, sekaligus menyatu-padukan umat Islam di negara ini yang terpisah lebih 58 tahun dulu?

Sekurang-kurangnya PAS boleh berkongsi kuasa dan memberikan penambahbaikan ke arah sebuah negara Islam yang lebih hebat pada masa akan datang berbanding menyalak dari luar serta memecah-belahkan sesama saudara seagama.

Namun saya yakin, Mursyidul Am PAS belum lagi diberi hidayah dari Allah SWT untuk bertindak bijak memandangkan tahap IQnya yang rendah dan tidak berpaksikan kepada semangat perpaduan mahupun landskap politik Islam yang sebenar.

Justeru sambutan tahun baru Islam 1434 Hijrah ini, saya mendoakan agar para “penganut agama PAS” diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk melakukan penghijrahan ke arah kebaikan dengan menyokong seruan “transformasi” yang diilhamkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkataan “transformasi” samalah maknanya dengan “hijrah” memandangkan ia adalah sejajar dengan seruan Islam yang menyeru umatnya bersatu padu dan berubah ke arah yang lebih baik pada setiap amalannya pada setiap tahun.

Salam Maal Hijrah untuk semua umat Islam di Malaysia dan ramai-ramailah kita berhijrah meninggalkan “syaitan” chauvinis ultra kiasu dan “syaitan LGBT” serta merta.. Allahhu Akbar, Wallahu’alam.

Sumber:mykmunet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...