Translate

21/10/2012

Soi Lek bersetuju PAS galakkan rogol wanita bukan Islam

PEMAIN BOLASEPAK KELANTAN PUN KENA TUTUP AURAT...
KUALA LUMPUR, 20 Okt — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini bersetuju dengan pandangan dari Wanita MCA bahawa PAS menggalakkan rogol kepada wanita bukan Islam, dengan berkata bahawa mursyidul am parti itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah mengeluarkan pandangan tersebut dalam satu ceramah empat tahun lalu.
Presiden MCA itu mendakwa dalam ucapan 2008, Nik Aziz berkata sesiapa yang tidak menutup aurat memang wajar untuk dirogol.
"Dan sebabnya kerana baginya, mata bersambung dengan kemaluan, jadi apabila anda terpandang, anda akan ghairah.
"Ini bukan saya yang kata, ini Nik Aziz yang kata. Saya boleh tunjukkan video tersebut jika kamu berminat [ceramah Nik Aziz]," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dengan delegasi MCA menjelang perhimpunan agung parti itu esok.
Dr Chua ditanya tentang laporan dari Malaysiakini dilaporkan naib pengerusi Wanita MCA Senator Heng Seai Kie berkata bahawa PAS menggalakkan rogol kepada perempuan yang tidak menutup aurat.
Menurut laporan portal berita itu, Heng menerangkan bagaimana hukum hudud akan memberi kesan kepada orang Islam dan yang bukan Islam berdasarkan ucapan Nik Aziz. 
"Jika menonton video dari Youtube, anda akan terdengar Nik Aziz bahawa perempuan harus menutup aurat, jika tidak perempuan akan dirogol.
"Berdasarkan ucapan Nik Aziz itu, kita boleh katakan Nik Aziz menyeru umat Islam agar merogol wanita bukan Islam, betul?" Kata Heng dalam portal tersebut.
Bersetuju dengan pandangan Heng, Dr Chua sekali lagi berkata ucapan Nik Aziz itu telah dirakam.
Bila ditanya, bagaimanapun, jika Heng telah memutarbelitkan pandangan Nik Aziz yang berkata untuk perempuan Islam, Dr Chua berkata:
"Saya rasa kamu terlepas pandangan kenapa kena tutup aurat, sebab kalau tidak tutup ia akan memprovokasi, kamu faham, kamu anak muda semua tentu faham."
"Bila seorang lelaki Islam mahu merogol, ia tidak semestinya merogol wanita Muslim. Dia boleh merogol sesiapa sahaja," kata Dr Chua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...