Translate

29/09/2012

PANAS!!!! WAJAH PAS sebenar yang diluahkan bekas Pengikut PAS sendiri

Apa yang penulis boleh kupaskan disini parti PAS yang kononnya memperjuangkan kepentingan Islam, sebenarnya hanyalah sebuah parti yang mempergunakan Islam sebagai satu alat meraih simpati untuk mendapatkan kuasa yang begitu diidamkan sejak dari sebelum merdeka. Mereka mempergunakan Islam, Hukumnya berubah-rubah mengikut acuan sendiri dan semata untuk kepentingan mereka sendiri.

Tidak pernah terpadam dan tidak akan terpadam dalam catatan sejarah negara dan juga masih segar dalam ingatan Ee bagaimana pada tahun 1963 Dewan Ulama’ PAS Kelantan telah memutuskan sebulat suara bahawa orang Islam yang berkerjasama memerintah negara bersama dengan orang kafir adalah haram dan menjadi kafir.

Masih ingat lagi bagaimana Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu ketika berceramah di Kampung Gong Duek, Besut Terengganu pada 1hb April 1981 antara lainnya telah berkata “Orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik…siapa yang ambil orang kafir jadi kawan baik?”(Disambut dengan secara beramai-ramai “UMNO..UMNO”) siapa?..UMNO.. Apa hukumnya orang itu?…(Disambut secara beramai-ramai munafik…lalu disambung bertalu-talu munafik..)..Jadi sekarang ni bila PAS pula berkerjasama dengan orang kafir DAP apakah mereka bukan munafik?

Apa yang boleh katakan mereka sudah lupa pada Amanat Haji Hadi Banggol Paradong 1981 yang megkafirkan orang islam, disebabkan Amanat itulah banyak berlaku Perpecahan Umat Islam sehingga kini kesan dari Amanat yang bertentangan dengan aqidah Umat Islam itu masih diguna pakai, apabila masih lagi terdapat Masjid-masjid yang didirikan dalam Satu Kariah sehinggakan membawa kepada kemurkaan Sultan Terengganu.

Hadi Awang sebagai berkata pajak gadai Islam, Bank Islam tidak memberikan apa2 erti kepada umat Islam negara ini pada 27/1/1983. Dalam harakah pula pada 26/1/1983 pula “Perkara ini hanya sebagai kulit yang melambangkan Islam sedangkan pemerintah negara tidak melambangkan Islam”. Inilah PAS bila ada anak2 kalangan PAS yang tidak dapat masuk mana2 Universiti Islam dan lain2 Universiti mereka merayu pula..

Diantara pengakuan salah seorang daripada bekas pengikut PAS adalah seperti berikut:

Kami redha menerimanya sebagai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut!Kerana apa yang kami sangka Islam yang adil, cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yang zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.

Panel-panel yang datang memberikan ceramah kepada kami adalah bukan calang-calang orangnya seperti Arwah Ustaz Fadhil Noor (Bekas Presiden PAS), Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden sekarang, pada ketika itu Timbalan Presiden), Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Allahyarham Bunyamin Yaakob, Ustaz Siddiq Noor, Ustaz Azizan (MB Kedah sekarang), Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi.

 Kami dilayan seperti banduan. Hak asasi kami dirampas. Kami diajar perkara-perkara yang salah! Mana-mana ibu bapa yang melihat keadaan kami pada ketika itu akan mengalirkan air mata darah.

Kami dilarang tidur sepanjang kursus itu (kekadang hanya satu jam tidur sehari saja), dilarang mandi selama satu minggu, diberikan makanan-makanan yang cukup daif (yang paling tidak dapat kami lupakan nasi kosong tanpa lauk dan air teh tawar. Akhirnya kami tuangkan air teh itu ke dalam nasi demi memberikan rasa sedikit pada nasi kosong itu).

Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brain wash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan untuk menyokong PAS dan jika tiba masanya untuk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yang penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (read PAS).

Anda boleh terus membacanya sehingga selesai dibeberapa artikel yang ditulis oleh penulis untuk tatapan saudara/saudari dari Pertama hingga Ketiga. Sila  KLIK DISINIDISINI dan DISINI. Nilaikan lah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...