Translate

09/08/2012

Perbezaan Artis Sokong Islam Dan Artis Sokong PAS

farah_ashikin
Saya tidak dapat bayangkan betapa malunya PAS apabila artis yang sudah berhijrah, Farah Asyikin, mendedahkan bahawa dia hanya tertarik dan menyokong Islam sahaja, serta tidak mahu terbabit dengan mana-mana pergerakan parti politik tanahair.

Pada satu majlis anjuran PAS baru-baru ini, Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008 itu hadir di KUIZM Taman Melewar, sebuah markaz PAS terbesar di ibu negara bagi memenuhi jemputan.

Farah Asyikin hadir sebagai salah seorang jemputan di wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof Zulkifli Mohammad, Membangun Negara Berkebajikan.

Agak menarik apabila artis berusia 33 tahun itu berani untuk hadir ke pusat “pembaptisan PAS” itu dan hatinya tetap kukuh bersama Islam.

Menurut sumber, ketika diajukan soalan “sokong apa” di majlis berkenaan, Farah Asyikin tidak berganjak dari pendiriannya untuk menegaskan bahawa dia menyokong Islam.

Malah, dia kemudiaannya menjelas lanjut bahawa tindakan segelintir artis untuk menyokong dan menyertai PAS adalah hak individu masing-masing, manakala dia tetap enggan mengikut rentak itu sambil mengulangi pendiriannya untuk menyokong Islam sekali lagi.

Namun yang paling menarik di majlis itu apabila Farah Asyikin menyatakan bahawa dia menolah 100 peratus mana-mana pihak atau parti yang tidak menyokong Islam!

Rasanya, kenyataan itu benar-benar mengecewakan PAS dan jawapan itu bukanlah satu jawapan yang ditunggu-tunggu atau yang diharapkan parti itu dari artis tersebut.

Menolak parti yang tidak menyokong Islam adalah sama maksudnya bahawa Farah Asyikin tidak akan mengundi DAP memandangkan parti itu menolak 100 peratus penubuhan sebuah negara Islam di Malaysia dan perlaksanaan undang-undang hudud.

Dengan kenyataan itu juga mencerminkan bahawa iktiqad dan prinsip hidup Farah Asyikin lebih kuat dan utuh terhadap Islam berbanding pak-pak lebai dan mak-mak aji PAS yang tidak segan silu mengundi dan menyokong DAP!

Mungkin PAS sebelum ini berfikir bahawa mana-mana artis wanita yang memakai tudung sebagai tanda penghijrahan mereka membawa maksud artis-artis itu menyokong parti mereka dan memilih Pakatan Haram sebagai wadah perjuangan!

Mereka fikir artis-artis yang kini bertudung litup itu begitu mudah dipengaruhi ajaran “agama PAS” seperti Aishah, Abby Abadi dan Dayangku Intan (PKR) yang dijangka bakal “disembelih” sebagai “korban” melampias nafsu buas pak-pak lebai PAS.

Pada pandangan saya, sekiranya seseorang individu sama ada artis atau tidak, dia perlulah ikhlas berhijrah ke arah Islam sekiranya berniat mahu mendekatkan diri dengan ajaran sebenar yang disampaikan Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya bahawa sebarang perbuatan itu bergantung kepada niat di mana jika dia berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka benarlah dia berhijrah ke arah tersebut dan mendapat pahala atas penghijraha tersebut.

Manakala jika dia berhijrah kerada dunia, maka kerana dunialah penghijrahannya itu dan ia tidak boleh disamakan dengan penghijrahan kepada Allah dan RasulNya.

Selain itu, sudah tentu mereka yang baru berhijrah itu agak cetek pemahamannya berkenaan Islam sebenar sebagaimana yang disampaikan Rasulullah SAW dan mereka memerlukan bimbingan yang diiktiraf tidak berkepentingan.

Sewajarnya, mereka perlu belajar mengenai Islam dari ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah yang disediakan di Jabatan-Jabatan Agama Islam serta mereka yang bertauliah untuk menyebarkan dakwah Islam.

Takkan mereka yang berhijrah itu terlalu dhaif untuk berfikir sama ada diajar tentang ilmu agama atau diajar ilmu untuk berpolitik?

Berhati-hati dan ketahuilah bahawa satu-satunya pihak yang menjual Islam untuk kepentingan politik mereka adalah PAS dan sesungguhnya saya tidak pernah redha apabila agama Islam dinodai oleh golongan yang tidak bertanggungjawab itu…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...