Translate

24/08/2012

Pemimpin bahlol berkokok lagi

Khalid Samad
'Tidak semua setuju laksana hudud'

SHAH ALAM – Hukum hudud tidak dapat dilaksanakan bukan disebabkan penentangan Pengerusi DAP, Karpal Singh tetapi tidak mendapat persetujuan daripada semua umat Islam di negara ini.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Khalid Samad, tindakan Karpal Singh mempertikaikan pelaksanaan hukum hudud di negara ini adalah hak beliau sebagai orang bukan Islam.

“Dia hanya boleh bersuara namun, tidak ada hak untuk menghalang pelaksanaan ini kerana ia melibatkan sebuah kerajaan bukannya seorang individu.

“Lagipun, masih ramai orang Islam di negara ini tidak sepakat melaksanakan undang-undang Islam ini (hudud). Orang yang ada kuasa pun tidak mahu laksanakan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ketika diminta mengulas mengenai pendekatan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengadakan pertemuan dengan Karpal Singh, beliau berkata, tidak ada keperluan untuk mengadakan pertemuan tersebut bagi menjelaskan hukum hudud kerana dia bukannya orang Islam.

“Biarlah beliau berhujah, itu hak beliau untuk tafsir tentang Perlembagaan negara kerana dia hanya boleh bersuara.

Bagaimanapun, orang Islam sendiri yang tidak sepakat melaksanakan sistem perundangan Islam ini,” katanya.
Sementara itu, Khalid menegaskan untuk memuaskan hati semua pihak, rakyat perlu menukar kerajaan yang lebih praktikal dan berupaya mendengar suara mereka.

Dalam pada itu, Khalid turut menafikan tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu yang mempertikaikan cadangan pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan Pas boleh menjejaskan undi Melayu kepada parti itu dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Sebaliknya beliau berkata, DAP kini sedang berusaha mendapatkan undi orang Melayu, antaranya dengan mengadakan kempen nasional bagi menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pengundi terutamanya orang muda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...