Translate

11/08/2012

PAKATAN HARAM DAH KETERLALUAN - MEREKA NAK HANCURKAN MALAYSIA

samad_dog

Terdesak Nak Menang, PR Lancar Bersih 4.0 Malam Merdeka. Pihak berkuasa perlu bersihkan pengkhianat-pengkhianat ini daripada terus biadap dan kurang ajar !!!


PUAK-puak Pakatan haram ini tidak akan berpuas hati dengan imej baik yang sedang dibina kerajaan sekarang.  Maka itu tidak hairanlah kenapa sentiasa ada usaha dibuat untuk mengganggu gugat keamanan dan kestabilan negara, atas nama nak menegakkan demokrasi dan hak bersuara (sebahagian hak asasi manusia).

Inilah halnya sekarang bila ‘Tok Janggut’ Bersih, A Samad Said mengumumkan semalam akan mengadakan demonstrasi Bersih 4.0 di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos 2012, sehari sebelum sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-55.

Itu alasan nak buat kecohlah tu.  Sebab puak-puak ini tahu, bila buat kecoh, kepada polis dan kerajaan akan diarahkan semua kesalahan.  Padahal kalau depa tak buat kacau, polis pun boleh utamakan kerja-kerja lain.

Inilah hal sebenarnya.

Penulis berani mengatakan disini bahawa Pakatan haram semakin hari semakin ketinggalan dalam persaingan ke Putrajaya.  Mereka perlu cipta isu untuk terus kekal relevan, kalau tak laku dimata rakyat sendiri, laku di media-media antarabangsa.

Dan media-media antarabangsa hanya beri perhatian kepada isu-isu yang berkaitan dengan kecenderungan di barat seperti perjuangan hak asasi manusia, termasuk di dalamnya hak berhimpun semua inilah.

Yang media antarabangsa ini tidak tahu, hak berhimpun di Malaysia ini umpama pisau yang diberi kepada pembunuh yang lapar darah.  Sudah tentulah penyudahnya tidak seperti yang diharapkan seperti mana yang berlaku di barat – berakhir dengan aman.

Inilah hasil pada 28 April lepas bila janji nak mengadakan perhimpunan aman tidak dilaksanakan, sebaliknya kekecohan yang besar pula berlaku.  Puak ini nak bercakap soal aman lagi kali ini?  Boleh lupakan saja.

Dari 3 perhimpunan Bersih yang sudah diadakan, 2 darinya berakhir dengan kejadian buruk.  Itu yang pelik bila masih ada seorang dua hakim dalam Malaysia ini yang percaya Bersih ini pertubuhan keamanan.  Sama ada hakim itu yang ada kecenderungan berpolitik atau ada yang tak kena dengan sistem kehakiman kita.

Mana-mana satupun, Bersih 4.0 ini perlu digagalkan.  Pakatan haram dah malu kerana tema hari kemerdekaan yang diharap menjatuhkan imej PM dan BN, akhirnya menjatuhkan imej mereka sendiri bila 4 negeri yang mereka perintah pun ada tema asing-asing.

Nak tutup semua kelemahan itu, buat kecoh malam merdeka.

Sumber:mykmunet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...