Selasa, 28 Ogos 2012

MAT SABU BUAT HAL LAGI....


Keluarga Tun Ghafar gesa Mat Sabu tarik balik kenyataan
KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba menggesa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, agar menarik balik kenyataannya yang mengatakan bekas pejuang bangsa itu akan menuruti langkah anaknya, Tamrin Ghafar, yang menyertai PAS sekiranya beliau masih hidup.
Kenyataan itu dikeluarkan Mohamad, atau lebih dikenali dengan Mat Sabu (foto fail), ketika memberikan ceramah anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka di Kampung Bukit Katil, Melaka, pada 12 Ogos lalu, dan turut boleh diperolehi dalam laman blog bertajuk “Jika Tun Ghafar Umur Panjang, Dia Pun Masuk PAS”.
Menantu kepada Allahyarham, Datuk Ahmad Hamzah, menegaskan keluarganya berasa sangat sedih dengan kenyataan tersebut dan mereka menganggap ia adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.
“Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden PAS itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu,” kata Ahli Parlimen Jasin itu dipetik Sinar Harian Online.
“Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.
“Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan PAS yang tidak relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa.”
Datin Zainon Ghafar, anak kepada Tun Ghafar yang juga merupakan isteri kepada Ahmad, turut menafikan dakwaan Mat Sabu yang kononnya beliau ada melakukan lawatan ke rumah bapanya sebelum pemimpin itu meninggal dunia.
Bagaimanpun, ketika ditanya berkenaan penyertaan Tamrin ke dalam PAS, Zainon hanya menyerahkan perkara itu kepada abanganya.
“Saya rasa lebih baik tanya tuan punya diri sendiri,” katanya. “Hanya dia dengan Allah sahaja tahu tujuan sebenar.”
Tamrin sebelum ini telah menyertai PAS di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar, Gombak, dan telah aktif berceramah di pentas Pakatan Rakyat (PR) diseluruh negara walaupun beliau masih lagi ahli Umno.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...