Khamis, 23 Ogos 2012

Kontraktor Dihukum 1 Hari Penjara dan Denda RM60,000.00 Kerana Menipu


KUCHING – Mahkamah Sesyen Khas Rasuah hari ini telah menjatuhkan hukuman satu hari penjara dan denda RM60,000.00 ke atas seorang kontraktor setelah mengaku bersalah dibawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan. Hakim turut memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.

Abdul Halik Ali, 39, Kontraktor Yusuf Enterprise pada 19 Januari 2007 dituduh menipu Pejabat Daerah Bau dan Kerajaan Malaysia dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai bahawa kerja membaiki SK Segong, Bau yang bernilai sebanyak RM30,558.00 dalam Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam 2006 telah siap untuk proses pembayaran sedangkan kerja tersebut belum siap sepenuhnya.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Othman Anyan daripada SPRM Sarawak di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid manakala Abdul Halik tidak  diwakili oleh mana-mana peguam.

Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan tertuduh atas hukuman didengar di Mahkamah Tinggi. Hakim membenarkan Abdul Halik dilepaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM3,000.00 dengan seorang penjamin.
Bagi kesalahan diatas, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...