Translate

23/07/2012

BAGI BETIS NAK PEHA ??



TR1M: Ada Usaha Untuk Sabotaj Usaha Kerajaan


TR1MAKERAJAAN, terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berniat baik untuk membantu pemandu teksi dengan mengumumkan pemberian baucer pembelian tayar bernilai RM 520 dibawah program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1M) kepada pemilik teksi di seluruh negara.

Sedangkan kalau ikut pemerhatian penulis, majoriti pemandu teksi (terutama di Lembah Kelang) adalah terdiri dari mereka yang anti kerajaan.  Mereka ini tidak segan silu kutuk kerajaan tanpa memikir penumpang yang naik tu bersetuju dengan depa atau tidak.

Ada juga yang pasang kaset ceramah pembangkang, macamlah kita suka sangat nak dengar.  Malah,  kalau semua masih ingat, peserta Bersih 2.0 yang meninggal sakit jantung tahun sudah pun pemandu teksi juga.
Tapi dah kerajaan dan Datuk Najib nak tolong, takpelah, kita alu-alukan (walaupun rasa tak patut).

Cuma tak sedapnya, kebelakangan ini kelihatan ada usaha untuk sabotaj usaha murni kerajaan itu dengan terbangkitnya beberapa isu yang sebenarnya bukan isu pun bila bercakap tentang kos samping dalam soal penukaran tayar.
Yang dijanji kerajaan ialah subsidi untuk 4 biji tayar, kos sampingan seperti alignment dan sebagainya itu pemandu teksi kena tanggung sendiri sajalah, berapa sangat pun untuk 4 biji tu.  Tukar tayar memang kena buat alignmentlah, itu semua orang pun tahu.

Kalau tanpa bantuan kerajaan dibawah TR1M, masih perlu bayar harga tayar dan kos alignment tersebut (RM520 + alignment).  Sekurang-kurangnya dengan bantuan kerajaan ini jimat juga RM 520 (RM 0 + alignment).

Matematik mudah je tu.

Jadi penulis menjadi pelik melihat isu yang bukan isu ini menjadi tajuk perbalahan di kalangan pemandu teksi di Kuala Lumpur terutamanya.  Malah ada stesen TV yang jadi bodoh sama apabila mengatakan bahawa kos tambahan ini sebagai upah untuk penggantian tayar. Upah apa? Alignment dengan upah pun tak tau beza ke?

Sesiapa yang ada kenderaan dan buat sendiri maintenace kereta masing-masing faham tentang perkara ini.

Nampak sangat Pengarang Berita dan wartawan terbabit tak pernah tukar tayar, sama ada pakai tayar botak dari mula sampai sudah, atau ada orang lain yang buatkan.

Ini masalah sekarang yang penulis nampak, ada pemandu teksi yang nak ambil kesempatan jadikan isu dan ada stesen TV yang tak faham cerita, langsung mensensasikan isu tersebut.

Kerajaan janji untuk subsidi tayar sahaja (RM520) dan memang itulah jumlah baucer yang dapat pun. Kos alignment buatlah sendirilah.

Takkan kos alignment pun kerajaan nak subsidi, apatah lagi kos alignment berbeza-beza di setiap negeri, kalau di Kuala Lumpur mungkin mahal sedikit banding dengan Perlis atau Kedah, taraf hidup macam mana pulak.

Sedangkan harga tayar mana-mana negeri pun lebih kurang sama kerana ditambat pada harga getah semasa.

Adakah semua ini ada kaitan dengan sikap pemandu teksi yang penulis sebutkan di atas - totok pembangkang dan sukar terima kerajaan ini banyak bantu untuk kebaikan mereka?  Atau ada pihak lain yang terlibat seperti peniaga umpamanya?

Sumber:mykmunet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...