Jumaat, 1 Jun 2012

Wow Hebat - Rakyat Kelantan Diseru Menderma Untuk 15 Projek Mega Lagi


Yang kaya terus kaya dan yang miskin terus papa kedana tiada sebarang pembelaan demi memperkasakan FATWA NIK AZIZ - Bila menderma jangan ditanya kemana perginya wang yang diderma ???

Isu air pun tidak dapat diselesaikan, bagaimana nak selesaikan isu lebuhraya  ???? Bertaubatlah Nik Aziz jangan memperbodohkan rakyat Kelantan.

Tidak ada yang istimewanya Majlis Pecah Tanah Lebuhraya Rakyat Kota Bharu Kuala Krai. Rata-rata rakyat Kelantan sudah kalih dengan pengumuman projek mega seperti itu. Projek mega itu hanya sebagai ‘bukti mimpi’ Pas kepada rakyat bahawasanya mereka juga mampu untuk membawa pembangunan.
Pas umpama lalang, sekali ditiup angin sekali berubah. Sebenarnya Pas tidak perlu untuk mengejar pembangunan kerana keutamaannya adalah untuk memasukkan ‘roh Islam’ kepada rakyat Kelantan – itu yang sering dicakapkan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam setiap kali ceramahnya.
Bagaimanapun cakap Nik Aziz itu bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh Pas. Sejak memerintah Kelantan Pas mengumumkan berpuluh-puluh projek mega tetapi satu pun tidak wujud sehingga hari ini. Pas memerintah Kelantan lebih dua dekad atau lebih tepatnya 22 tahun.
Paling menarik dalam projek lebuh raya ini dimasukkan elemen gotong royong dan menderma. Maka disebabkan itu ada  pihak yang mencadangkan supaya rakyat Kelantan yang tidak berkemampuan untuk menderma diminta supaya membawa dua cupak pasir untuk diserahkan kepada Nik Abdul Aziz atau pun Husam Musa.
Juga dicadangkan gotong royong dan tabung kutipan derma diadakan untuk projek-projek yang diumumkan sebelum ini seperti :
1) Bandar Perikanan di Tok Bali – RM800 juta
2) Projek Agro Tourism Pergau – RM250 juta
3) Bandar Baru Pengkalan Kubor – RM1 bilion
4) Projek pelancongan di Danau Tok Uban – RM350 juta
5) Bandar peranginan Danau Tok Uban, Pasir Mas – RM885 juta
6) Pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Kerian – RM328 juta
7) Projek Industri Petrokimia di Pantai Senok, Bachok – RM2 bilion
8) Pelabuhan Pantai Sri Tujoh Tumpat – RM360 juta
9) Pusat peranginan Tasik Kwong,Rantau Panjang – 1.5 bilion
10) Jambatan Palekbang dan Kampung Cina
11) Afta City, di Rantau Panjang
12) Pelabuhan Darat di Kuala Krai
13) Stadium baru di Baru Bukit Merbau, Pasir Puteh
14) Projek Jihad Ternak.
15) Projek Tanaman Depu di Gua Musang.

Daripada 15 projek ini tidak ada satu pun yang berjaya. Maka dengan pemikiran yang waras agak sukar untuk rakyat Kelantan percaya bahawa Pas mampu untuk membina lebuh raya sendiri.
Kos lebuh raya terbabit adalah RM2,000 juta @ RM2 bilion. Jika kesemua 16 projek mega (termasuk lebuh raya) ini dilaksanakan, kerajaan Pas Kelantan memerlukan wang sebanyak lebih RM10 bilion. Adakah bank di negara ini sanggup untuk mengeluarkan wang sebanyak itu.
Fikirlah adakah lebuh raya ini satu mimpi atau kenyataan?
Sumber:detikperubahan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...