Translate

26/06/2012

TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL MANA-MANA PIHAK YANG SEWENANG-WENANGNYA MELEMPARKAN TUDUHAN MEMFITNAH


SPR pandang serius dakwaan, tuduhan


KUALA LUMPUR 25 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membuat laporan polis bagi menjaga nama baik dan integriti sebagai sebuah badan bebas agar siasatan lanjut dijalankan untuk memastikan tiada mana-mana pihak sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan memfitnah.

Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, beliau membuat laporan polis berdasarkan dakwaan yang dibuat oleh bekas ahli UMNO, Zulkifli Ismail seperti disiarkan di dalam akhbar Harakah bilangan 1750, 11 hingga 14 Jun 2012 di muka surat N24.

“SPR memandang serius dakwaan dan tuduhan ini. Zulkifli mengaku bahawa pernah mengundi dua kali pada pilihan raya umum tahun 80-an di dua pusat pengundian iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dan Kunci Air, Tanjung Karang.

“Dia juga mendakwa SPR menipu apabila satu nama boleh mengundi di semua unit pusat mengundi dan pada pilihan raya umum 2008, tiga rakannya tidak dapat mengundi disebabkan nama mereka sudah digunakan orang lain," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kamaruddin lagi, Zulkifli turut mendakwa SPR mengeluarkan kad pengenalan palsu dengan menggunakan nama orang lain dan gambar orang yang akan mengundi.

“Dakwanya lagi, SPR menggunakan nama pengundi yang dikenal pasti tinggal di luar negara dan tidak balik mengundi.

“Zulkifli juga mendakwa melalui sumber maklumat yang diperoleh, kad pengenalan palsu (MyKad) dibuat di kilang di Klang dan cip dalam kad pengenalan itu dari China," ujarnya. - UTUSAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...