Translate

01/06/2012

TERPANASS !!! TAN SRI MUSA HASSAN BONGKAR SALAH LAKU ANWAR


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah cuba campur tangan dalam siasatan kes Liwat 1.


Musa mendakwa Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa itu mengarahkannya beliau supaya melapor hasil siasatan kepadanya walaupun Anwar merupakan tertuduh dalam kes itu. 

"(Anwar) minta saya lapor kepada dia tiap-tiap malam. Saya kata tak boleh (sebab) saya profesional. Kalau saya lapor pun kepada Ketua Polis Negara," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.


Musa mendakwa beliau turut didatangi adiknya, Datuk Fuad Hassan yang menurutnya dihantar Anwar untuk memintanya "membantu" Anwar dalam kes itu. 

"Saya kata tak boleh sebab saya pegawai polis. 'Kalau you (Fuad) terlibat campur tangan saya tangkap you walau pun you adik saya.' Saya profesional," katanya.

Fuad pada masa itu adalah ADUN Hulu Klang dan kini merupakan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA). 


Musa berkata perdana menteri pada masa itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad memberinya amaran agar menyiasat kes itu dengan telus.

"Dia panggil saya tanya 'betul ke kamu siasat?' Dia kata 'you siasat betul-betul. Kalau you mengadakan keterangan palsu you masuk jail'," katanya.


Tukar tarikh kejadian.


Mengulas lanjut mengenai perjalanan perbicaraan kes itu, Musa berkata Peguam Negara bertanggungjawab ke atas keputusan meminda tarikh kejadian yang didakwa berlaku dalam pertuduhan tersebut sehingga tiga kali.

Namun, beliau menegaskan bahawa siasatan yang dijalankannya pada masa itu sudahpun lengkap untuk membolehkan Anwar didakwa di mahkamah.

"(Tarikh berubah-ubah) itu dakwaan punya side-lah (perlu jawab). Saya tak boleh nak jawab. Siasatan sudah lengkap tapi boleh jadi tarikh (berubah-ubah) kerana kejadian dah lama.

"Bila benda dah lama orang tak ingat tarikh," katanya yang tetap percaya bahawa Anwar bersalah atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa kerana terdapat bukti mencukupi pada masa itu.Baca seterusnya 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...