Translate

28/06/2012

STADIUM BOLASEPAK BARU AKAN DIBINA DI KOTA BHARU ???

Rakyat sudah muak, Pas Kelantan 'suka main angin'

KOTA BHARU 25 Jun - Taktik Kerajaan Pas Kelantan menjanjikan pembinaan projek-projek mega tetapi tidak dilaksanakan sejak 22 tahun, tidak lagi mampu mempengaruhi rakyat negeri ini kerana mereka sudah sedar dengan 'perangai' pemimpin-pemimpin Pas.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rakyat sudah muak dengan kerajaan pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan suka 'bermain angin' untuk mendapat sokongan rakyat.

"Masa mula-mula dapat tahu kerajaan negeri nak bina stadium, pada saya ia satu perkara melucukan. Memang saya penduduk di Bukit Merbau tetapi khabar itu langsung tidak menggembirakan.

"Saya cukup sedar itu hanya satu janji kosong mereka dan sekadar mahu menumpang populariti pasukan bola sepak negeri ini yang sudah maju ke depan kerana dipimpin oleh pemimpin UMNO yang berjaya," kata Harun Shafie (gambar), 55 ketika ditemui.

Penjawat awam tersebut mengakui sepanjang usianya, dia melihat satu demi satu projek yang dijanjikan kerajaan negeri gagal dilaksanakan.

Menurutnya, kerajaan negeri sepatutnya menyelesaikan terlebih dahulu masalah asas yang dihadapi rakyat jelata kerana ia lebih penting daripada memberi tumpuan kepada projek yang tidak berguna.

"Macam mana nak bina stadium kalau di sini masalah air pun masih belum selesai. Boleh ke nak bina stadium dengan sumber air boring semata-mata, jadi perkara macam ini yang perlu diuruskan terlebih dahulu.

"Sebagai rakyat Kelantan, saya mahu pembangunan seperti itu kerana ia akan membawa kemajuan dan peluang pekerjaan, tetapi kalau dah sampai tahap menipu rakyat maka ia menimbulkan rasa benci," tegasnya.

Seorang peniaga, Ismail Jusoh, 53, pula menganggap, projek-projek mega termasuk lebuh raya baru yang diumumkan itu merupakan satu propaganda politik Pas untuk memastikan mereka kekal memerintah negeri ini.

"Apabila sesuatu perkara itu keluar dari mulut pemimpin Pas apatah lagi menjelang pilihan raya, ia tidak lain hanya untuk meraih sokongan semata-mata kerana mereka takut hilang kuasa.

"Jangan nak bina lebuh raya RM1.8 bilion sebaliknya stadium yang mereka janjikan itu juga masih kosong malah tiada juru perunding datang melawat kawasan kerana memang tidak logik ia akan berjaya dibangunkan," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...