Translate

16/06/2012

SIASAT TAPI TAK SELESAI ????

Motosikal dibakar
Jika membabitkan orang-orang kenamaan atau VIP tak sampai 1 jam dan selesai kenapa ????

7 motosikal dibakar

SHAH ALAM - Penduduk di Blok A Pangsapuri Pelangi, Dengkil, gempar apabila tujuh buah motosikal yang diletakkan di tempat letak kenderaan di situ musnah terbakar dalam kejadian awal pagi, semalam.

Kejadian yang berlaku pada pukul 3.30 pagi ketika penduduk sedang nyenyak tidur itu dipercayai perbuatan khianat.

Mangsa, Mohd Fahmi Badulrudin, 26, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dikejutkan oleh jeritan jiran yang melihat kejadian tersebut.
"Sebuah motosikal milik saya musnah terbakar dalam kejadian itu dan saya bersama mangsa lain membuat laporan di balai polis berhampiran.
“Kami berharap pihak polis menahan mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kebakaran dan motif sebenar kejadian.
"Kami masih menunggu laporan daripada forensik dan bomba serta akan menyiasat kes tersebut secara terperinci," katanya.
Beliau berkata, penduduk yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta tampil membantu siasatan.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat  mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani
Harul berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 35 minit untuk memadamkan kebakaran itu.

"Ketika pihak bomba sampai, api sedang marak dan kita berjaya mengawal kebakaran sebelum merebak ke kenderaan lain," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...