Translate

12/06/2012

PAS KETANDUSAN WAKIL RAKYAT ???

Image Detail
TAWARAN ISTIMEWA DARI PAS - SIAPA NAK JADI WAKIL RAKYAT SILA MENDAFTAR SEGERA DENGAN WAKIL-WAKIL PAS TERDEKAT !!!!!
 
Baru sebulan dua penyanyi Aishah menyertai PAS, desas-desus kencang bertiup di dalam parti itu yang menyatakan dia akan terpilih sebagai calon mewakili parti tersebut pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Khabarnya, bisik-bisik di dalam PAS memberitahu bahawa Aishah akan dicalonkan di Jempol, Negeri Sembilan. Tak tahulah sama ada di Parlimen atau DUN. Tapi begitulah dikhabarkan…

Bagaimanapun, Aishah di dalam temubual bersamah Harakah baru-baru ini memberikan jawapan standard mengenai desas-desus tersebut dengan menafikan dirinya telah terpilih menjadi calon PRU mewakili PAS.

Namun, Aishah beberapa kali menjelaskan bahawa dia BELUM mendapat tawaran rasmi dari partinya untuk menjadi calon di Jempol nanti.

Dalam ertikata lain, Aishah sudah tentu ada menerima tawaran untuk menjadi calon untuk PAS, cuma dia belum mendapat tawaran rasmi dari parti tersebut.

Menariknya, perkhabaran tersebut dikatakan telah menyebabkan seorang lagi “artis PAS” sakit hati, meradang dan geram.

Menurut sumber, selebriti yang menyertai PAS lebih awal dari Aishah itu bengang pada Aishah yang mendapat tempat sebagai calon PRU mewakili parti berbanding dirinya yang lebih senior dan lebih “warak”…

Apa tidaknya? Dia telah bersusah payah ke sana dan ke mari sehingga menyebabkannya terpaksa “bertongkat” kerana terlalu aktif dengan aktiviti parti yang disusun untuknya.

Artikel panas selanjutnya sila KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...