Translate

07/06/2012

PAK KADIR BORING DENGAN PAS DAN BUKA PARTI BERSALAMAN ???


Banyak lagi tanah-tanah dibeberapa buah PULAU disekeliling semenanjung, masih belum ditukar nama beliau semasa menjadi MENTERI PENERANGAN DAN KOMUNIKASI, itulah sebabnya Pak Kadir mesti aktif semula dalam politik murahan.

Desas desus yang mengatakan  Bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir akan menyertai Pas beberapa bulan yang lalu tidak berlaku malah hari ini beliau melancarkan penubuhan parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) di mana beliau dilantik menjadi presiden sementara bagi parti tersebut.

Beliau merasmikan penubuhan parti tersebut di sebuah dewan di Hotel Palace of The Golden Houses di Seri Kembangan, pagi ini yang turut dihadiri Kira-kira 200 hadirin.


IKATAN dipimpin tiga timbalan presiden daripada pelbagai latar belakang antaranya bekas timbalan menteri pelajaran daripada Sarawak Datuk Bujang Ulis, ahli bank Ong Hock Swee dan bekas presiden Majlis Peguam Regunath Kesavan.

Manakala Presiden Uruskop Datuk Seri Mustafa Kamal Maulud dilantik menjadi setiausaha agung parti ini. Sebanyak enam orang dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi.

Beliau mengibarkan bendera IKATAN yang memaparkan gambar dua tangan yang bersalaman dan berlatarbelakangkan warna biru dan kuning sebagai tanda perasmian penubuhan parti berkenaan.

Sebelum itu dalam ucapannya, Kadir berkata antara visi dan misi penubuhan IKATAN adalah berpaksikan kepada "amanat merdeka bapa Malaysia" Tunku Abdul Rahman serta isi kandungan dan roh Perlembagaan Malaysia.

Wow hebat dan baca segera dan KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...