Translate

06/06/2012

NIZAR PERLU DIAMBIL TINDAKAN SEGERA SEBELUM PARAH

JOHOR BAHRU 5 Jun - Polis Johor akan merekodkan keterangan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya menerusi Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Ipoh, Perak esok.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pegawai polis dari negeri ini akan mengambil kenyataan Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak di suatu tempat yang tidak didedahkan kira-kira pukul 2 petang.

Menurutnya, setakat ini sebanyak 39 pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik telah direkodkan keterangan mereka dan sebanyak 41 laporan berhubung perkara itu diterima pihaknya.

“Selain merekod keterangan Mohammad Nizar, kita sedang menunggu satu laporan daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya ketika diminta mengulas perkembangan kes tersebut di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...