Translate

22/06/2012

NIK AZIZ DAH NYANYOK DAN PERLU BERIHAT DARIPADA POLITIK, JIKA TIDAK RAMAI RAKYAT YANG AKAN ROSAK AKIDAHNYA ???

Tangguh haji ikut Rasulullah: Hujah Nik Aziz tidak tepati dalil

KUALA LUMPUR 19 Jun - Keputusan Rasulullah SAW melewatkan ibadat haji pada tahun keenam hijrah disebabkan masih terdapat golongan musyrik melakukan tawaf ketika itu selain ada yang bertawaf secara berbogel.

Pengerusi Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, justeru baginda membuat keputusan membersihkan Masjidil Haram daripada kedua-dua unsur tersebut sebelum mengerjakan ibadat haji.

Sehubungan itu, kata beliau, hujah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membolehkan ahli-ahli parti itu yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya umum menangguhkan ibadat haji dengan mengaitkan kisah penangguhan ibadat haji Rasulullah itu adalah tidak sesuai.

Tegas beliau, ini kerana hujah itu tidak menepati dalil berdasarkan isu yang dibawa oleh Nik Abdul Aziz.

"Apa yang ditunjukkan Rasulullah SAW ini tidak sesuai dijadikan hujah terhadap kes penangguhan haji yang dibawa oleh Nik Abdul Aziz," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan Nik Abdul Aziz tidak bersetuju dengan peringatan beberapa ulama terkenal apabila mempertahankan kenyataan beliau supaya ahli Pas yang terlibat secara langsung sebagai jentera parti pada pilihan raya umum menangguhkan ibadat haji.

Ini kerana menurut Nik Abdul Aziz, Rasulullah sendiri pernah menangguhkan ibadat haji selama empat tahun apabila hanya menunaikannya pada tahun ke-10 hijrah, sedangkan ayat mewajibkan ibadah berkenaan diturunkan pada tahun keenam hijrah.

Dalam perkembangan berkaitan, Fadlan yang juga Pensyarah Kanan Jabatan al-Quran dan as-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, meskipun Rasulullah SAW menangguhkan ibadat haji baginda tidak pula melarang para sahabat mengerjakan ibadat itu.

"Bahkan setahun sebelum Rasulullah mengerjakan haji, baginda melantik seorang sahabat iaitu Abu Bakar as-Siddiq menjadi ketua rombongan haji dan telah dilaungkan pada ketika itu 'selepas tahun ini tidak dibenarkan orang musyrik dan orang telanjang bertawaf'," katanya.

Fadlan menambah, Rasulullah SAW juga telah menghantar sepupu baginda, Ali Abi Talib ke beberapa kawasan untuk disebarkan mengenai pengumuman tersebut.

"Hadis mengenai kisah ini telah diriwayatkan al-Bukhari dan beberapa perawi hadis lain," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...