Translate

07/06/2012

Meluat tengok isteri kian tua, lelaki pukul, simbah asid

Image Detail
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Hanya kerana benci melihat isterinya yang sudah berusia, seorang lelaki berusia lewat 40-an tahun bukan saja tergamak memukul wanita berkenaan, malah menyimbah asid ke muka mangsa.
Akibat perbuatan kejam suaminya, mangsa yang berusia 41 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan, mendakwa tidak lagi dapat melihat sejak kejadian yang berlaku di rumah mereka di Bangsar, sekitar 10 pagi, 31 Mei lalu.
Mangsa yang tidak dibenar mendapatkan rawatan di hospital, bagaimanapun nekad memberanikan diri membuat laporan di Balai Polis Travers, Isnin lalu dengan bantuan ahli keluarganya.
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang sedang bertugas, didatangi suaminya bersama seorang wanita, dipercayai teman wanita suspek.
"Suspek kemudian terus memaksa wanita itu mengekorinya. Namun, mangsa enggan, menyebabkannya dipukul. Suspek lalu mengikat tangan mangsa sebelum mengheretnya masuk ke kereta," kata sumber itu.
Mangsa kemudian diugut suaminya yang dia akan menyimbah asid ke mukanya.
Bimbang dengan ugutan itu, mangsa hanya mendiamkan diri dan akur dengan arahan suspek.
Bagaimanapun, penderitaan mangsa tidak berakhir apabila beliau yang dibawa ke sebuah rumah dua tingkat di Jalan Maarof di sini, sekali lagi diterajang suaminya.
"Ketika itu, suami mangsa bertindak lebih kejam apabila menyimbah asid ke wajah mangsa," kata sumber.
Selepas memukul isterinya lebih 20 minit, suspek kemudian membawa mangsa pulang ke rumah.
"Suspek juga mengugut akan membunuh mangsa jika membuat laporan polis," tambah sumber.
Mangsa yang mendapatkan bantuan daripada ahli keluarganya kemudian membuat laporan di Balai Polis Travers.
Difahamkan, sehingga kini, tiada tangkapan dilakukan. Namun, usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.
Ketua Polsi Daerah Bricksfield, Penolong Pesuruhjaya Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. - Harian Metro.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...