Translate

23/06/2012

INILAH DIA SALAH SATU SIKAP PAS SEBENAR !!!

JAIS, Pas didakwa cuba rampas masjid dan cuba memecahbelahkan Umat Islam ?

KUALA LUMPUR 22 Jun - Kariah Masjid Al-Muttaqin Taman Equine, Seri Kembangan meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan pelantikan ahli jawatankuasa masjid baru yang didakwa tidak mengikut prosedur ditetapkan.

Bekas nazir masjid itu, Zainal Abidin Manaf (gambar) berkata, tindakan melantik orang luar sebagai ahli jawatankuasa masjid itu merupakan tindakan yang bertentangan dengan peraturan JAIS sendiri.

"Kami bukan mahu merebut jawatan tetapi apa yang dimahukan ialah hak memilih kerana jawatankuasa sebelum ini sudah mengadakan mesyuarat agung yang turut dihadiri wakil JAIS sendiri.

"Sepanjang sembilan tahun memegang jawatan di masjid berkenaan, tidak pernah ada masalah, malah kami telah mengadakan mesyuarat serta melantik jawatankuasa baru bagi penggal ini dan senarai itu telah diserahkan kepada JAIS.

"Sebaliknya, JAIS telah melantik jawatankuasa baru tanpa ada sebarang perbincangan dan lebih mengecewakan, majoriti daripada mereka itu bukan kariah di situ," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ketika mahu mengadakan sidang akhbar itu, seorang lelaki yang mengaku daripada JAIS telah melarang sidang itu dilakukan di dalam masjid sehingga menyebabkan keadaan menjadi sedikit tegang.

Bagaimanapun, sikap tolak-ansur ditunjukkan kariah yang kecewa itu menjadikan keadaan kembali tenang.

Tambah Zainal Abidin, pihaknya akan menghantar satu memorandum kepada Sultan Selangor bagi memaklumkan bantahan terhadap pelantikan itu.

Sebanyak 100 tanda tangan kariah juga telah berjaya dikumpulkan bagi menyokong usaha tersebut.

"Kami akan akur dengan apa saja keputusan Sultan Selangor dalam hal tersebut kerana baginda merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri ini,'' ujarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...