Translate

21/05/2012

UMNO TAK PERLU BERMUZAKARAH DENGAN PAS ????


UMNO JUGA TAK PERLU BERDEBAT DENGAN ORANG YANG TIDAK SIHAT PEMIKIRAN ???

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan sekarang adalah waktu paling sesuai bagi menjayakan muzakarah antara parti itu dengan UMNO.

Katanya, ia wajar diadakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13, namun, menegaskan usaha ke arah itu tidak bermaksud membawa penyatuan atau kerjasama politik antara dua parti itu.

"Lebih baik ia diadakan sebelum pilihan raya umum akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kuala Terengganu Ke-37 di Markas Tarbiyah Pas di Kuala Ibai dekat sini hari ini.

Turut hadir, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Abdul Wahid Endut.

Rabu lalu, Nik Abdul Aziz menyatakan persetujuannya agar Pas membuka pintu untuk bermuzakarah dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk UMNO.

Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa UMNO bersedia untuk bermuzakarah dengan Pas asalkan tujuannya bagi kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Walaupun Nik Abdul Aziz dilaporkan bersyukur dengan kesediaan UMNO menerima pelawaan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula membayangkan muzakarah itu sukar menjadi kenyataan selagi sistem pilihan raya tidak diperbetulkan.

Namun, Nik Abdul Aziz menjelaskan, Pas tetap dengan pendirian untuk tidak sekali-kali bekerjasama dan bersatu dengan UMNO walaupun Pas yang menawarkan diri mengadakan muzakarah tersebut.

Beliau berkata, ini kerana wujud perbezaan dari segi dasar serta perjuangan antara kedua-dua parti itu yang menghalang kepada penyatuan dan kerjasama.

Bagaimanapun Menteri Besar Kelantan itu tidak menafikan sekiranya UMNO bersedia menerima beberapa syarat tertentu yang dikehendaki Pas, kedua-dua parti berkenaan mampu menjalin kerjasama dalam satu pakatan demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam.

"Kalau UMNO mahu bersatu dengan Pas, mereka kena tukar dasar kebangsaannya dan gantikan dengan Islam.

"UMNO juga kena terima Pas dan pakatan pembangkang," katanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...