Translate

21/05/2012

Skandal terbaru Anwar?

Terlalu hebat !!!!!

Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab apakah hubungan beliau dengan seorang bekas pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sehingga dipercayai meminta pelajar lelaki itu mengirimkan 'gambar luar biasa' kepadanya.

Ahli Majlis Syura TIBAI, Abdul Ghani Haron yang mendedahkan perkara itu berkata, gambar dimaksudkan Ketua Pembangkang berkenaan adalah gambar lelaki itu tanpa berpakaian.

Berdasarkan maklumat kukuh yang didapati, katanya, Anwar tidak pernah mengenali lelaki berusia 20-an itu, malah, tidak juga mempunyai sebarang urusan berkaitan pekerjaan mahupun kekeluargaan, sebaliknya, sekadar mengenalinya menerusi laman sosial.

"Justeru, apakah tujuan beliau meminta gambar seperti itu? Mungkin hanya Anwar yang tahu kerana tanpa segan-silu beliau meminta lelaki itu mengirimkan gambar tidak pakai baju dan meminta supaya bekas pelajar universiti itu jangan segan-segan dengannya.

"Tetapi, yang pasti saya sanggup bersumpah bahawa Anwar sedang 'mengurat' lelaki itu sejak tahun lalu sehingga ke hari ini. Saya boleh bongkarkan siapa budak ini, anak siapa dia, pernah belajar di mana serta jurusannya," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Ghani yakin, orang ramai pastinya keliru dengan pendedahan tersebut.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa dalam kes liwatnya sebelum ini, Ketua Pembangkang tersebut masih belum menyahut cabaran sumpah laknat walaupun digesa oleh banyak pihak.

Sehubungan itu, Anwar sekali lagi dicabar untuk melakukan sumpah laknat bahawa beliau tidak pernah mengenali bekas pelajar tersebut dalam apa-apa rangkaian sekalipun.

"Saya bersedia untuk membongkarkan kisah Anwar dan pelajar lelaki berkenaan. Tetapi saya juga mahu Anwar menyahut cabaran untuk melakukan sumpah laknat menafikan pendedahan ini, jika beliau katakan ini satu lagi pembohongan.

"TIBAI akan mendedahkan perkara ini secara terbuka menerusi ceramah-ceramah kelab ini akan datang. Saya yakin, Anwar kenal siapa lelaki ini, kerana dia telah berkali-kali menghubungi bekas pelajar tersebut dalam pelbagai rangkaian telekomunikasi," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...