Kasih ibu membawa ke Syurga |
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim
bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan
mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan
sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat
setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari
atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti
melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah
sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam,
ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini
disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap
sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan
memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering
Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu
sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil
ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis
puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah
dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan
"Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan
Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan
kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's
Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari
ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat
kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut
secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada
tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah
Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah
mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap
hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biar pun sebahagian besar negara-negara di
dunia menyambutnya pada hari yang berlainan tetapi negara seperti Denmark,
Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap
hari Ahad kedua dalam bulan Mei.