Translate

17/05/2012

BERSIH MENUBUHKAN PARTI BARU MENGGANTIKAN PAS (PARTI AMBIGA SREENEVASAN) ???

Image Detail
PUTRAJAYA 16 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, Majlis Peguam telah menjadi sebuah parti politik memandangkan perhatiannya lebih kepada politik.

Oleh itu, beliau berkata, ia sepatutnya membiarkan pertubuhan lain mengambil alih bahagian profesional bagi mengelakkan kekeliruan.

"Saya fikir sebuah badan profesional perlu memberi perhatian lebih kepada profesion tetapi ia jelas bahawa Majlis Peguam telah menjadi sebuah parti politik.

"Kemudian, kita ada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), arkitek semua jadi parti-parti politik dan kemudian akan ada banyak kekeliruan," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Dr. Mahathir mengulas satu cadangan untuk membentuk sebuah pertubuhan baru bagi peguam untuk mewakili profesion, kebajikan dan kepentingan undang-undang mereka, memandangkan Majlis Peguam yang ada gagal mempertahankan dirinya sebagai sebuah badan profesional yang berintegriti.

Ketika diminta mengulas tindakan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim melepaskan jawatannya sebagai Naib Pengerusi DAP, Dr Mahathir hanya berkata: “Saya fikir daripada awal lagi dia tak sesuai dengan DAP. Saya tak tau pasai apa dia masuk". - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...