Translate

18/05/2012

BERAMBUS KELUAR DARI FELDA JIKA DIFIKIRKAN DITIPU OLEH KERAJAAN

"Tiada sebarang paksaan kepada peneroka untuk tinggal di tanah rancangan (Felda)... sebenarnya lebih baik (mereka tinggalkan Felda) daripada mereka terus menjadi duri dalam daging bagi kelompok peneroka serta bersubahat dengan pihak tertentu untuk mengkhianati segala perjuangan dan usaha kerajaan untuk terus memajukan tanah rancangan Felda...-Datuk Seri Ahmad Said
  
Kenapa marahkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seorang sahaja?

Bukan Ismail Sabri seorang saja yang mengeluarkan kenyataan meminta peneroka keluar dari Felda sekiranya berasa diri mereka ditipu kerajaan dan Felda.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan juga mengeluarkan kenyataan yang sama. Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said turut menyatakan perkara yang sama.


” Gambar diatas ialah Rahim B. Ahmad. Dia ialah Ketua PAS Cawangan Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor. Gambar ini diambil ketika majlis penyerahan 'Durian Runtuh' Felda pada 15hb Mei...

Apa, Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Malaysia (ANAK), Mazlan Aliman tidak suka mereka mengatakan demikian?

Apalah Ismail Sabri, Ahmad Said dan Azalina tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata sedemikian? Kenapa tidak boleh kata?

Mazlan kata macam-macam kat Felda tidak mengapa?

Yang pasti, gara-gara "gangguan" daripada ANAK menyebabkan kelewatan proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di Bursa Malaysia.

"Gangguan" ini menyebabkan proses penyenaraian lewat kira-kira sebulan lebih.

NamunFelda tidak akan menghentikan usaha penyenaraian ini kerana kerajaan ada kaedah tertentu dan akan terus membela nasib peneroka.

Jadual penyenaraian FGVH terpaksa ditunda kepada Jun setelah Mahkamah Tinggi Kuantan pada Februari lepas membenarkan injunksi interim bagi melarang Koperasi Permodalan Felda (KPF) melupuskan ekuitinya kepada FGVH.

Bagaimanapun sekiranya injuksi itu gagal diketepikan, Felda kemungkinan besar akan membuat penyenaraian itu tanpa KPF.

Yang dikesali, jika ini berlaku, ia akan merugikan KPF. Namun, kerajaan sudah mempunyai satu formula bagi memastikan kepentingan peneroka dan petugas Felda akan dapat dibela.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...