Translate

19/04/2012

TIBAI ditubuh untuk 'tibai' Anwar Ibrahim ???

MUHAMMAD ZAHID (tengah), Nallakarupan (dua dari kiri) dan Lum Yong (empat dari kanan) pada sidang akhbar pengumuman penubuhan TIBAI di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Kalangan bekas pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas sahabat ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendedahkan kepada rakyat siapa sebenarnya Anwar serta menangkis segala fitnah yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang itu terhadap kerajaan.
Bekas Naib Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip yang mengetuai pertubuhan itu yang dinamakan ‘Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim’ atau TIBAI berkata, pertubuhan itu akan melaksanakan kempen menyeru rakyat supaya bersama-sama bangkit dan menolak Anwar dan sekutunya pada pilihan raya akan datang.
“Kita akan turun ke kawasan-kawasan yang dimenangi dan ditandingi PKR khususnya dalam melaksanakan agenda kita untuk menyedarkan rakyat di situ tentang siapa sebenarnya Anwar,” katanya pada sidang akhbar penubuhan TIBAI di Kelab Sultan Sulaiman di sini semalam.
Turut hadir, Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan dan bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong.
Muhammad Zahid berkata, pertubuhan itu akan menggunakan pelbagai cara bagi menyeru rakyat mengenali siapa sebenar Anwar.
sumber:kosmo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...