Translate

21/04/2012

FAHAMAN PKR SOSIALISME ANTI - RAJA-RAJA MELAYU ADAKAH KITA PERLU BERDIAM DIRI ????


FAHAMAN PKR SOSIALISME ANTI - RAJA-RAJA MELAYU adakan kita perlu berdiam diri sehingga negara kita tercinta ini hancur/huru-hara baru nak ambil tindakan ?????

Dakwaan penghinaan oleh pemimpin-pemimpin PKR terhadap raja-raja Melayu dan pembesar-pembesar negara semasa majlis pertabalan Seri paduka Baginda Yang diPertuan Agong adalah amat memeranjatkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu.

Dakwaan yang dibuat oleh salah seorang tetamu yang hadir pada majlis gilang gemilang dan penuh istiadat Melayu dalam satu artikel yang ditulisnya mengenai insiden yang memalukan itu menyerlahkan sikap sebenar PKR dan pemimpin-pemimpinnya.

Memang benar parti itu ingin membawa politik baru seperti mana yang tercatat dalam manisfesto dan Buku Jingga tetapi seni politik yang ingin di bawanya amat bercanggah sekali dengan budaya dan adat resam rakyat negara ini.

Tidak salah kalau dikatalkan PKR bersama-sama rakannya dalam Pakatan Rakyat sebenarnya adalah anti-raja.

PKR sebenarnya ada gabungan daripada Parti Keadilan Nasional (PKN) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Sementara PKN ketika ditubuhkan adalah parti yang lahir dari politik jalanan memperjuangkan nasib dan agenda peribadi Anwar Ibrahim, PRM pula adalah sebuah parti yang cenderung kepada ideologi sosialisme dan pemikirannya adalah berhaluan kiri.

Gerakan berhaluan kiri seperti sosialisme atau ideologi yang lebih ekstrim dalam bentuk komunisme rata-ratanya adalah anti-institusi raja.

Sumber:malaydelima:Klik disini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...