Translate

20/03/2012

TAHNIAH KADIAQ LETAK KESEMUA JAWATAN DAN CERMIN DIRI SENDIRI DULU DAN JANGAN MENYUSAHKAN UMNO

kadir sheikh fadil 
BERITA perletakkan jawatan mantan Menteri Perlancongan, mantan ahli Majlis Tertinggi UMNO dan mantan kepada beberapa jawatan Menteri dalam kerajaan BN sebelum ini, Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil dari UMNO disambut dengan rasa kesyukuran yang amat sangat oleh kami para penyokong UMNO.

Tidakkah kami teragak-agak untuk menghentam bekas Menteri yang juga dikenali sebagai Menteri ‘bow’, yang sebelum ini terhalang kerana memikirkan peranannya sebagai veteran UMNO.

Walaupun banyak tingkah lakunya yang melukakan hati para penyokong UMNO.

Lagipun di dalam usianya sekarang, sudah sampai masanya untuk dia menyumbangkan tenaga kepada pembangkang pulak.  Apa yang nak disumbangkan pada usia ini penulis tidak pasti tapi penulis pasti adalah janji Anwar kepadanya yang tidak mampu ditolak tu.

Anwar seperti kita semua sedia maklum dalam bab membuat janji, memang nombor satu.  Kalau dia janji satu jawatan kepada satu orang, bukanlah satu perkara yang aneh kalau dia jugak berjanji jawatan yang sama kepads berbelas orang yang lain juga.

Itu Anwar yang kita semua kenal dan bukan sedikt pulak yang pernah terkena, dah ramai dah.  Contoh ada berlambak dengan kejadian yang menimpa penduduk Kg Buah Pala menjadi rujukan terbaik.

Kadir hanya menunggu masa untuk ditipu sama oleh Anwar, seperti mana yang lain sebelum dirinya.  Pada penulis, akibat yang bakal diterima Kadir itu adalah balasannya kerana mengkhianati perjuangan parti hanya kerana kehendak peribadinya tidak ditunaikan kepimpinan tertinggi parti.

Penulis masih teringat pada satu ketika pernah mempertahankan Kadir yang dihambat kontroversi rumah mewah yang tidak sepadan dengan pendapatan sebagai Menteri.  Rasanya sia-sia sahaja mempertahankan orang ini yang kemudiannya baru lah diketahui berpolitik dan memegang jawatan untuk kepentingan diri, bukan bangsa dan agama seperti yang selalu digebangkannya.
rumah_mewah_kadir
Tapi itu lebih baik dari dia menjadi gunting dalam lipatan kerana itu lebih membahayakan.

Dan apa jadi dengan macai pembangkang yang dulu sibuk mempertikaikan nilai kekayaan Kadir tapi hari ini melapangkan tangan menyambutnya masuk ke dalam kelompok mereka.  Tapi dalam persekitaran politik Malaysia, penulis tidak begitu terperanjant, budaya ludah dan jilat semula ini memang sudah jadi lazim di kalangan penyokong dan pimpinan Pakatan harami.

Penulis ucap good luck kepada Kadiaq dan PKR yang bakal menerimanya selepas ini.  Ya, kami tahu dia nak masuk PKR kerana Anwar dah janji sesuatu, paling tidak taukeh arang batu di Indonesia.  Bukan kami tak tahu tu.

Tapi sebelum itu kena usung ke sana ke mari dalam ceramah PKR untuk memburukkan UMNO, tak sedar dia hanya dijadikan alat oleh Anwar.

Dah tua-tua pun, bodohnya macam budak-budak.

Sumber: mykmu.net

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...