Translate

28/03/2012

Saya Mengaku RASUAH RM 200 JUTA Singkirkan GHAFAR BABA - Anwar Ibrahim


Cukup menarik artikel Raja Petra Kamaruddin mendedahkan salahguna kuasa Anwar Ibrahim sewaktu berada dalam UMNO untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir dan Tun Ghafar Baba.

Yang pasti, penyokong tegar Anwar Ibrahim cukup tersentak dengan pendedahan yang dilakukan kerana selama ini Anwar Ibrahim adalah pemimpin paling maksum dan terpelihara dari sebarang dosa, rasuah, kronisme dan nepotisme.

RM 200 juta digunakan untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba dari kerusi Timbalan Presiden UMNO dan RM 445 juta digunakan untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir.

Kesemua wang diperolehi dari proksi, kroni dan sahabat beliau, taikun Cina ... Quek Leng Chan. I help you ... you help me, mantap!


Pada GWM, memang ada asas dakwaan dan tuduhan RPK terhadap Anwar Ibrahim. Asas dan dakwaan yang bukan sahaja telah lama diketahui oleh Lim Kit Siang dan Hadi Awang.

Demi kuasa, Yahudi pun ... Yahudilah, asalkan dapat merampas Putrajaya.

Persoalan paling menarik, siapa lagi yang pernah mendedahkan rasuah jutaan ringgit untuk menyingkirkan Tun Ghafar baba dan Tun Dr Mahathir selain dari RPK?


Dalam Wikipedia, cukup jelas menyatakan Anwar Ibrahim menggunakan kuasa dan pengaruh sebagai Menteri Kewangan sewaktu dalam kerajaan melakukan rasuah dan politik wang untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba.

Begitu juga dengan pendedahan wartawan luar, Ian Stewart melalui buku beliau The Mahathir Legacy: A Nation Divided, a Region at Risk. , bagaimana Anwar Ibrahim melakukan rasuah politik paling kotor dalam sejarah UMNO untuk menumbangkan Tun Ghafar Baba.

(NOTA : Ian Stewart memulakan kerjaya kewartawanan pada tahun 1950-an bertugas sebagai penulis/wartawan Selatan Pasifik untuk New York Times pada tahun 1974, seorang wartawan bebas yang dihormati kini menetap di Singapura. Turut menjadi penulis/wartawan bagi The Australia dan South China Post bagi artikel politik di Malaysia.)

Artikel selanjutnya sila layari blog berikut:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...