Translate

15/03/2012

Pembangkang tulin perlu berdiri atas 'kaki sendiri'

Image Detail 

KUALA LUMPUR 14 Mac - Pembangkang perlu berdiri atas 'kaki sendiri' dan tidak menagih bantuan pihak luar untuk mendapatkan kuasa kerana ia boleh menjejaskan keharmonian negara dan kebebasan rakyat.


Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, risiko tindakan itu juga menyebabkan sistem pentadbiran dan pengurusan ekonomi negara dikawal oleh pihak luar.

"Mustahil pihak luar akan membantu negara lain tanpa mengharapkan balasan kerana mereka pasti mengharapkan sesuatu hasil daripada 'pelaburan' itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Dr. Ir. Mohd. Zin Mohamed yang mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing untuk memenangi pilihan raya di negara ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...