Translate

17/03/2012

Pelihara identiti Malaysia di media sosial

Image Detail 
KUALA LUMPUR — Pengamal media sosial di negara ini perlu terus menerapkan nilai budaya dan identiti Malaysia dalam setiap penulisan mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Beliau berkata, golongan itu juga perlu memikirkan langkah terbaik untuk menyumbang kepada pembinaan negara bangsa.

"Apa yang harus kita amalkan ialah di samping berhubung menerusi blog, Twitter dan sebagainya, kita jangan hilang isian budaya, identiti dan bagaimana kita boleh sumbang kepada pembinaan negara bangsa.
"Saya berbangga generasi muda kita berkumpul pada malam ini dan saya harap ia akan dapat mencerna masa depan yang lebih baik untuk negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Media Sosial 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam semalam.
Rais berkata, meskipun ada pihak yang berpendapat kebangkitan media sosial membawa kesan negatif, namun katanya ia perlu dilihat dari aspek yang lebih positif di mana ia mencantumkan segala rangkaian komunikasi di kalangan rakyat negara ini. — BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...