Translate

19/03/2012

Ketua Pembangkang takut rahsia terdedah terbongkar


KUALA LUMPUR 18 Mac - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan berdepan dengan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin sebenarnya membuktikan bahawa beliau adalah seorang penakut.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Anwar takut Raja Petra yang pernah menjadi penyokong kuat beliau membocorkan banyak rahsia yang diketahuinya.

"Kalau benar Anwar ini anak jantan dia tidak seharusnya bimbang dan takut dengan Raja Petra, apalah hendak ditakutkan sangat dengan apa yang akan disebut oleh Raja Petra bila masing-masing berdepan nanti," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas kenyataan Raja Petra yang mendakwa digugurkan daripada senarai ahli panel forum untuk rakaman dokumentari laman web Wikileaks di Kent, England semalam, atas permintaan Anwar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...