Translate

25/02/2012

SYABAS DAN TAHNIAH MB TERENGGANU SAMAN ADUN BATU BURUK


ADUN Batu Buruk dan kuncu-kuncunya hanya pandai bercakap tapi tak tahu menilai yang mana intan dan yang mana batu. Inilah akibatnya terlalu celupar mulut bercakap hanya untuk muzik telinga juak-juak PAS. Tahniah dan Syabas MB Terengganu diatas tindakan yang diambil itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menetapkan tiga hari bermula 23 Julai ini untuk mendengar saman fitnah yang difailkan Kerajaan Terengganu terhadap ADUN Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan tiga yang lain berhubung artikel berkaitan bekalan pakaian seragam sekolah dan alat tulis.


Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh itu selepas bertemu kedua-dua pihak dalam kamar apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.

Peguam Edynoor Hiefnee Razali mewakili plaintif manakala Azhana Mohd Khairudin pula bagi pihak defendan.



Kerajaan Terengganu, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said, Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin, yang diberi kontrak untuk membekalkan pakaian seragam sekolah dan alat tulis, memfailkan saman itu pada 15 Disember tahun lepas berhubung artikel yang disiarkan oleh Harakah, lidah rasmi PAS.

Mereka menamakan Dr. Syed Azman, pemilik permit Harakah, Dato’ Mustafa Ali, Ketua Editor, Ahmad Lutfi Othman dan pencetak, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd sebagai defendan.


Dalam pernyataan tuntutan mereka, plaintif menyatakan bahawa Syed Azman telah memfitnah mereka menerusi artikel bertajuk "Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah?' yang disiarkan dalam Harakah keluaran 11 hingga 13 November 2011.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...