Translate

11/01/2012

ANUAR menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi di Malaysia ???


Sepatutnya setelah selesai kes di Mahkamah, Anuar patut bersyukur dan pergi ke Mekah dan bersumpah di hadapan Kaabah. Tetapi sebaliknya ANUAR telah pergi ka  Mumbai dan menuju Panchgani bertemu dengan Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan  bagi  menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi, KONONNYA untuk menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.


selama tiga jam, dalam perjalanan ke Mumbai telah  menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira.

KONONNYA LAGI "bersykur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media Umno, Hakim Dato' Zabidin Mohd Diah memutuskan -- berlandaskan undang-undang dan fakta --  bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya."

PETIKAN HARAMKAH DAILY 11/01/2012


Berkata Imam al-Ghazali, maksudnya : Perbuatan maksiat itu adalah sebagai makanan yang memudharatkan badan manusia. Dosa-dosa yang terkumpul dalam diri manusia akhirnya meracuni jiwa keimanannya. Perbuatan dosa akan mengakibatkan kegelapan dalam hati kerana dosa itu menjadi kotoran atau karat di hati.

Allah Taala berfirman, mafhumnya, "Bahkan telah ternoda hati mereka (berkarat dengan noda sehingga menutupi hati) dengan apa yang mereka usahakan (dosa yang mereka lakukan)" - QS. al-Nuthaffifin : 14). 

Karat dosa ini, jika tidak dikikis dengan taubat, lama-kelamaan akan bertambah tebal lalu menutup pintu hati dan sukar atau tidak mungkin dihapuskan lagi. Orang yang demikian hatinya, jika tidak mendapat rahmat Allah, akan hidup dan mati dalam kesesatan. Na'uzu billahi min zalik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...