Translate

31/01/2012

Jangan Bagi, Walaupun Satu Undi Kepada DAP! Kata Hasan Ali


Datuk Dr Hassan Ali meneruskan sesi ceramahnya pada malam ini yang diadakan di Seksyen 17 Shah Alam. Seramai hampir 5,000 orang telah hadir untuk mendengar ceramah dari Dr Hasan sendiri.

Semakin lama semakin ramai yang hadir, alhamdulillah berkat kesabaran YB Dr Hasan Ali dia kini tidak keseorangan seperti yang didakwa oleh Azmin dan parasit dalam Pas.

30/01/2012

Sikap Lidah Bercabang Anwar Bukan Sesuatu Yang Mengejutkan…

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong setiap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.
Sebaliknya, beliau mahu mengetahui apa pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP berhubung kenyataan ketua pembangkang berkenaan.
“Itu bukan perkara pelik atau mengejutkan kita. Cuma yang kita hendak tahu, apa pendirian Pas, DAP dan PKR dalam hal ini,” katanya.

Majlis Agama Islam Negeri perlu tangani isu pelajar tahfiz kutip derma


Majlis Agama Islam Negeri (Main) diminta mengambil tindakan drastik bagi menangani isu memperalatkan pelajar sekolah tahfiz untuk mengutip derma. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Main perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan fenomena itu kerana ia merupakan satu penipuan kepada ibu bapa.

29/01/2012

TAHNIAH DAN SYABAS - DS HADI BERUNDUR DAN TIDAK BERTANDING !!

Abdul Hadi Awang

DS Seri Hadi Awang faham bahawa beliau tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhu Rendang kepada masyarakat dan pernah memegang jawatan Menteri Besar Terengganu, namun pembangunan serta perubahan yang diinginkan oleh penduduk setempat tidak kesampaian.  Sudah lebih 30 tahun atau 7 penggal DS Hadi bergelar Ahli Dewan Undang Negeri sejak tahun 1982, namun tiada sebarang perubahan atau pembangunan yang dibawa atau dilaksanakan di Daerah Marang, berlebih-lebih lagi DUN Rhu Rendang untuk masyarakat di kawasannya.

28/01/2012

Tahniah Jawatankuasa Pengurusan Kuil Di Sungai Petani Buat Laporan Polis Bantah Kehadiran Anwar

Image Detail

SUNGAI PETANI, 27 Jan (Bernama) -- Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam di sini Jumaat membuat laporan polis bagi membantah kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kuil itu pada 7 Feb depan sempena perayaan Thaipusam.

27/01/2012

TANDA-TANDA KEHANCURAN PAS MENJELANG PRU13 - KEPIAH PAS SELANGOR SDH DITUKAR DENGAN TOPI!...

Image Detail


Walaupun penulis agak sibuk dengan tugasan, namun penulis juga sentiasa bersiap sedia dan tdk pernah ketinggalan mengikuti perkembangan politik semasa tanah air.Bagi penulis tiada kompromi berkaitan dengan islam, bangsa dan negara jika ianya dikianati, tidak kira angkara siapa dan dari parti mana.

Siapa tidak kenal Hassan Ali orang2 pas di Selangor sdh tentulah lebih kenal, tetapi Hassan Ali tidaklah sehebat orang pas kenal Nik Aziz, orang PKR kenal Anwar Ibrahim dan orang2 DAP kenal Karpal Singh.

26/01/2012

Hang Tuah: Banyaknya laporan polis...

Image Detail
SEBELUM perhimpunan 901, hampir 300 repot polis telah dibuat oleh Melayu dan Perkasa bagi menyekat perhimpunan itu daripada terus diadakan pada 9 Januari lalu. Anda juga boleh kira berapa ratus atau ribu repot polis keatas Mohamad Sabu yang berkata Mat Indera pejuang kemerdekaan. Sehingga Prof Khoo Kay Kim kata Malaysia tidak dijajah.

KUASA KETIGA: Dr. Hasan Ali, Dr. Harun Din, Ustaz Nasa…

PENDEKATAN Nik Aziz Nik Mat yang kononnya hanya menekankan Islam semata-mata, sebagai pokok perjuangan Pas kini semakin goyang. Goyangan itu berlaku akibat gegaran bawah tanah yang semakin kuat. Jika diukur dari segi ukuran Richter ia lebih kurang berada pada skala 7.0. Perlu diingat skala magnitud itu semakin naik. Belum dipasti lagi bilakah ia akan mencetuskan gelombang tsunami atau letupan gunung berapi.

25/01/2012

BN boleh rampas Kelantan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) berpeluang untuk merampas Kelantan daripada Pas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.


23/01/2012

2 Video ! Cermin Keperibadian Rendah Akhlak Kumpulan Lelaki Dan Perempuan PAS !

2 Video ! Cermin Keperibadian Rendah Akhlak Kumpulan Lelaki Dan Perempuan PAS !

PAS pada pandangan aku adalah sebuah parti yang sekadar retorik yang berselindung disebalik nama Islam demi mendapatkan pengaruh dari Umat Islam di Malaysia yang mana majoriti paling ramai penduduk Malaysia.

Siapa Ganti Anwar, Kabinet Bayangan Perkara Bencana Buat Pembangkang

Image Detail

Pembangkang terpaksa memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kerana mereka tidak mempunyai calon yang boleh diterima oleh semua parti dalam pakatan pembangkang.

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang,  Mohd.Fairus Khairuddin berkata walaupun pembangkang membentuk satu pakatan untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) namun mereka tidak mempunyai satu kerjasama  yang baik serta ikhlas terutamanya DAP dan Pas  untuk memilih calon Perdana Menteri selain Anwar.

22/01/2012

Undang2 Liwat Akan Digubal khas untuk Ustas Nuar Al-Juburi ??

Image Detail

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata apa jua undang-undang di negara ini tidak perlu dipinda sekiranya ianya masih dilihat mementingkan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri berkata apa jua undang-undang yang dilihat masih menjaga kepentingan rakyat di negara ini perlu dikekalkan.

"Apa pun undang-undang, dibuat atas kepentingan masyarakat, kalau kepentingan masyarakat mengatakan undang-undang itu masih wajar dikekalkan, jadi kita takkan pindalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Ihsan Samudera, di sini, Sabtu.

21/01/2012

Kes Liwat : Alhamdullilah Tuhan menyebelahi pihak yang benar. Amin

Post Pic

KUALA LUMPUR, 21 JAN : Jabatan Peguam Negara berkata rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan  meliwat bekas pembantunya, difailkan berdasarkan keterangan dan undang-undang.

Jabatan itu menerusi satu kenyataan berkata rayuan itu juga difailkan tanpa mengikut emosi atau pengaruh mana-mana pihak.


20/01/2012

AADK sasar tubuh 40 rumah komuniti baru

Image Detail

KUALA TERENGGANU 19 Jan. – Dalam usaha membantu memulihkan penagih dadah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan untuk mewujudkan 40 buah lagi rumah komuniti antidadah di seluruh negara pada tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zuraidah Mohamed berkata, pembinaan rumah-rumah itu dapat membantu golongan berkenaan meneruskan hidup bersama-sama komuniti setempat.

Katanya, ia berdasarkan keberkesanan 39 rumah komuniti sedia ada di mana hampir 11,000 pelanggan (penagih) mendapatkan rawatan setahun.

PUAK-PUAK PEMBANGKANG TAK SENANG DUDUK - SKIM SARA 1 MALAYSIA


Konsep 1Malaysia seperti yang diwar-warkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak jelas membantu rakyat dan slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN" itu semakin jelas terlaksana dengan pelancaran SKIM SARA 1MALAYSIA yang akan di maafaatkan kepada 100,000 isi rumah berpendapat rendah dari pelbagai golongan.

HOT VIDEO !!! SOAL JAWAB AQIDAH DAN HOMOSEKSUAL !!!

DEMO 901 ADALAH DEMO DUIT = RM200 SETIAP SEORANG

SMS dari Rafizi

Inilah dia yang diagung-agungkan oleh Pakatan Rakyat semasa mengadakan Demo 901 tempohari, ketelusan lah dan macam-macam lagi, rupa-rupanya telah dibayar RM200 setiap seorang yang hadir. Mereka datang kerana duit, bukannya keikhlasan. 'Bapak Burik Anak Rintik", memangnya sialan dan pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara.

19/01/2012

LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT TAPI PDRM GAGAL MENGAMBIL TINDAKAN KEATAS AMBIGA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa mengambil tindakan terhadap ribuan laporan dibuat ke atas pergerakan haram Bersih yang diketuai Datuk S. Ambiga agar golongan pengacau itu tidak menjadi besar kepala.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, perkara itu perlu memandangkan Ambiga serta konco-konconya kian biadab membuat ugutan untuk mengadakan perhimpunan haram sekali lagi sebelum pilihan raya akan datang.

Tutuplah Aurat


Nabi saw. bersabda, “Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya di dalam neraka adalah mereka yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya”. (HR Bukhari dan Muslim)

18/01/2012

Jabatan Hal Ehwal Bekas Polis ditubuhkan

Image Detail

Persatuan Bekas-Bekas Polis yang ada tidak menitik berat kebajikan ahli-ahlinya.

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Jabatan Hal Ehwal Bekas Polis akan diwujudkan bagi menjaga kebajikan lebih 150,000 pesara serta bekas anggota yang pernah berkhidmat dalam pasukan termasuk Special Constabulary (SC), Home Guards (HG) dan Auxilliary Police (AP), Kementerian Dalam Negeri mengumumkan hari ini.

Nantikan Kehadiran Road Show - Double Trouble Hasan Ali!


17/01/2012

USTAS NUAR AL-JUBURI MEROYAN LAGI DI MUMBAI !!!!!


Undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini relevan dan berperanan luas dalam mengekang gejala di luar tabii yang melanggar kejadian semula jadi itu daripada terus menular.

Sambil membidas tindakan mempertikaikan undang-undang tersebut, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, kewujudan undang-undang berkaitan homoseksual itu selaras dengan undang-undang Islam dan lain-lain peraturan agama di Malaysia. 

16/01/2012

PELAJAR kejuruteraan awam Univeriti Sains Malaysia NAK GLAMOUR SANGAT KONON !!!!


Mahasiswa yang ditahan polis semalam kerana didakwa membuat kenyataan berunsur ugutan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi laman Facebook telah dibebaskan dengan ikat jamin polis untuk membolehkan dirinya menduduki peperiksaan.

15/01/2012

DAH BOSAN DENGAN PEMBOHONGAN & PENIPUAN PAS !!!!


KUALA LUMPUR: Seramai 102 anggota PAS Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS.


Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Gombak Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini, Sabtu.

Anwar Jawab Soalan Berhubung Hak-hak Gay

Image Detail

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan.

Menjawab soalan berkaitan hak-hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia untuk menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay", Anwar berkata dalam satu wawancara dengan BBC pada Khamis, bahawa "kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami."

14/01/2012

PROGAY SOKONG PEMBEBASAN ANWAR IBRAHIM!!


MANILA – Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) semalam mengalu-alukan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat.

Dalam reaksi mereka,ProGay berkata, kini masanya untuk membuang undang-undang liwat yang merupakan sebahagian daripada warisan penjajah British.

“Kami menyertai pergerakan orang demokratik dalam meraih kemenangan Anwar mengatasi tuduhan palsu,” kata Oscar Atadero, pegawai hak asasi manusia ProGay.

INI LAH IKRAR PAS & PAKATAN RAKYAT TIDAK TUNAIKAN JANJI - DATUK DR HASAN ALI PUN TERLIBAT DENGAN PEMBOHONGAN???



Ingatan Kepada Rakyat Terengganu - Tawarkan Hati Anda Untuk Percaya Dengan Tawaran PAS Terengganu.  Sepenggal memerintah tiada langsung sebarang perubahan dibuat. Hanya omong2 kosong.... dan menipu rakyat.... TERUTAMA DI DAERAH MARANG.... KOSONG....KOSONG....KOSONG.... SEMASA DS HADI MENJADI MENTERI BESAR TERENGGANU, SEDANGKAN BELIAU ADALAH AHLI PARLIMEN MARANG DAN ADUN RHU RENDANG, APA YANG ADA ?? HANYA TAHI LEMBU DAN TAHI KERBAU BERSEPAH-SEPAH DITENGAH-TENGAH JALAN....


13/01/2012

SIKAP BIADAP KETUA PENERANGAN MUSLIMAT PAS - AIMAN ATHIRA


Kenyataan biadap dan kurang ajar Ketua Penerangan Muslimat PAS Aiman Athira yang mendakwa Muslimat PAS pernah diugut akan dirogol semasa dalam tahanan polis adalah satu perkara agak keterlaluan, malah ianya adalah alasan yang terdesak dari seorang terlanjur menggelar 'Mampos UMNO'.

Athira ternyata telah mencemar imej seorang wanita Muslimah yang kaya dengan adab dan perilaku sopan. Individu seperti Athira ini seolah2 dirasuk syaitan dan rasa dendam kesumat yang bukan merupakan salah satu ciri2 yang dipamerkan seorang wanita Muslimah.

Sultan Selangor Berkenan Batalkan Pelantikan Hasan Ali Sebagai Anggota Exco

Image Detail

SHAH ALAM, 13 Jan (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaaan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan itu dibuat atas nasihatnya kepada baginda ketika menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di sini pada Jumaat.

"Memandangkan Datuk Dr Hasan bukan lagi anggota PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak lagi boleh menjadi anggota Exco dan telah menasihati Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.

12/01/2012

TAHNIAH DS AHMAD SAID - SAMAN FAM YANG KETERLALUAN


Polemik yang melanda antara Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung surat pekeliling mendapat reaksi Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang ternyata kecewa dengan kemelut itu.

Dalam nada tegas, Menteri Besar mahu menyaman FAM dan meminta ganti rugi serta mempertimbangkan dua pasukan dari negeri ini, Terengganu dan T-Team supaya menarik diri daripada Liga Malaysia berikutan keputusan badan induk sukan bola sepak itu yang tidak membenarkan Terengganu menurunkan dua pemain import dalam Liga Malaysia.

Hanya Tunggu Arahan Anwar, Ustaz Nasharudin Hitung Nasib Disepak Keluar

KUALA LUMPUR  11 Jan –  Bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang kini menganggotai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dilihat berada pada kedudukan bahaya dan mungkin pada bila-bila masa akan menerima nasib yang sama seperti mana bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang baru sahaja dipecat Ahad lalu.
Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz HJ Mohd Afandi Yusof berkata gerak geri beliau serta segala tindak tanduk Ahli Parlimen Bachok itu mungkin dalam perhatian golongan Anwarinas yang telah berjaya mencampakkan Hasan Ali keluar daripada Pas.

11/01/2012

ANUAR menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi di Malaysia ???


Sepatutnya setelah selesai kes di Mahkamah, Anuar patut bersyukur dan pergi ke Mekah dan bersumpah di hadapan Kaabah. Tetapi sebaliknya ANUAR telah pergi ka  Mumbai dan menuju Panchgani bertemu dengan Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan  bagi  menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi, KONONNYA untuk menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.


10/01/2012

PEROGOL DAN PELIWAT AKAN SELAMAT, BERLINDUNG LAH DIBELAKANG USTAS TUAN HAJI ANUAR IBRAHIM

GELOMBANG WANGSA MAJU 

Negara bakal menyaksikan selepas ini kes liwat Ustas Tuan Haji Anuar akan menjadi suatu ketetapan (precedent) bagi mana-mana kes yang melibatkan jenayah pencabulan dan rogol.

Rakyat mesti Tukar Kerajaan - ANUAR IBRAHIM memang sialan dan bangsat

Image Detail
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia bersatu mengundi Pakatan Rakyat sebagai salah satu prasyarat mengubah sistem ketidakadilan yang berlaku di Negara ini.
Menurut beliau, rakyat secara amnya tidak ada pilihan melainkan mengubah Sistem yang secara keseluruhannya dakwa beliau telah dirosakkan Kerajaan Barisan Nasional.

09/01/2012

KELUARGA PENIPU, PEROSAK DAN PENGKHIANAT !!!! INGATLAH

Kalau jenis  penipu tu, penipu jugaklah. Semalam Azmin Ali , nafi polis ada kenakan syarat. Sekarang dah terperangkap. Ketua Polis KL dah keluarkan dokumen syarat-syarat yang ditandatangani antaranya dengan polis.

2. Lihatlah pengundi muda ... Inilah wajah sebanar pemimpin parti peliwat ini. Semuanya nak diliwatnya.  Kemudian, nak salahkan orang. Penyokongnya di kencingnya hari-hari.

3. Fikirkan pengundi muda. Fikirkan !!!!

Mengapa Anwar terus bertahan walau ditinggal pengikutnya?

"Sebab itu kita boleh lihat, walaupun Anwar telah ditinggalkan oleh ramai bekas penyokongnya seperti Chandra Muzaffar, Ezam Mohd Noor, S Gobalakrishnan, N Nalakaruppan, Salehuddin Hashim, Lokman Noor Adam dan ramai lagi – beliau masih lagi mampu bertahan". Klik disini.

08/01/2012

HASAN ALI kena pancung - SYABAS & TAHNIAH PAS



HamPAS PASti tumPAS! PAS sedang menggali kubor politik mereka sendiri! Hari ini, berjuang untuk Islam adalah dosa besar didalam PAS! Membela Islam adalah kesalahan tidak terampun bagi PAS! Perjuangan Dr. Hasan Ali memartabatkan Islam, menyeru kepada yang ma’ruf, mencegah kemungkaran, membela aqidah umat, melaksana kehendak syariat dikatakan bercanggah dengan dasar parti yang mengaku berjuang untuk Islam; malah menyelimutkan diri dengan jubah-serban Islam! Pelik Bin Ajaib!!!

Mana Mungkin Pemimpin Parti Budak Suruhan PKR, DAP Dilantik Jadi PM…


KUALA LUMPUR, 6 Jan – Saranan supaya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat atau Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dilantik sebagai Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya dan jika pembangkang berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang tidak ubah seperti “angan-angan Mat Jenin”.

“Mana mungkin pemimpin Pas boleh dilantik jadi Perdana Menteri.  Kita tak kata perkara ini secara emosi tapi berdasarkan fakta.  Pas walaupun parti yang paling lama wujud berbanding parti lain dalam pakatan pembangkang dan ada kemampuan  jentera tetapi di sisi pakatan, Pas boleh diibaratkan sekadar menjadi budak suruhan.

KERANA KAWAN BAIK DS HADI AKAN HADIR PERHIMPUNAN 901

Image Detail
"Saya akan hadir, dan untuk ahli PAS pula, terserah masing-masing,"  kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) ketika ditanya apakah beliau akan hadir dalam perhimpunan aman 9 Januari ini.
Perkara ini disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily.
Manakala itu Dewan Muslimat PAS, Dewan Pemuda dan PAS Selangor membuat keputusan  akan menyertai perhimpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi meminta mana-mana pihak tidak salah faham dengan perhimpunan tersebut dengan menganggap ianya merupakan sokongan peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

07/01/2012

Promosi percuma himpunan 901

Secara sedar atau tidak, pemerintah melalui media arus perdana memberikan promosi percuma kepada perhimpunan 'Bebaskan Anwar' 901. Akhbar-akhbar dan televisyen memberikan liputan mengenai perhimpunan tersebut hampir setiap hari.

Amaran, ugutan dan tohmahan yang dilakukan melalui media arus perdana sampai kepada majoriti rakyat terutamanya – kawasan pendalaman. Secara tidak langsung, rakyat di seluruh negara tahu tentang akan berlakunya satu perhimpunan rakyat di Kuala Lumpur.
bersih rally july 9 crowd face-off with police 1

Rapat dan ceramah umum dianjur oleh Pakatan tidak mampu untuk sampai ke seluruh negara. Apatah lagi rakyat di kawasan pendalaman masih ramai yang belum mempunyai kemudahan internet.

10 syarat 'kawal' perhimpunan 901, ucapan dilarang

lokasi perhimpunan new

SHAH ALAM - Polis mengenakan 10 syarat ke atas penganjur perhimpunan 901 Isnin ini, antara lain melarang sebarang ucapan awam manakala para peserta dikehendaki meninggalkan kawasan mahkamah dalam tempoh sejam sebaik keputusan kes liwat diketahui.

Syarat-syarat itu terkandung dalam kenyataan media diedarkan menerusi laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Polis Kuala Lumpur semalam membenarkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan di tempat letak kereta di luar pekarangan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta.

06/01/2012

MAT SABU DILANTIK MENGGANTI ANUAR APA KETIADAANNYA ????

Post Pic

Anwar Ibrahim yakin. Sekiranya beliau terkeluar dari arena politik aktif sekalipun, Pakatan Rakyat akan tetap mampu mengemudi jalan ke Putrajaya. Bukan itu sahaja. Malah, katanya, Pakatan Rakyat mungkin akan lebih menyengat dalam sayembara politik dengan Barisan Nasional.

Ini kerana, menurut Anwar, Pakatan Rakyat sudah ada formula dan kata sepakat tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya keputusan Mahkamah dalam kes liwat yang dihadapinya tidak memihak kepada beliau pada Isnin depan.

05/01/2012

Polis sedia hadapi Kempen Bebas Anwar 901

Image Detail
Polis sudah membuat persediaan rapi untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan berlaku jika penyokong pembangkang meneruskan rancangan mengadakan Kempen Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya sentiasa bersedia 24 jam untuk menangani masalah jenayah dan apa sahaja situasi yang boleh mengugat keselamatan negara.

Pencapaian Akademik Pelajar Terlibat Dalam Rusuhan UPSI Didedahkan...


Nama : Shazni Munir Bin Mohd Ithnin
Umur : 25 tahun

Bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditamatkan pengajian kerana pencapaian kurang memuaskan (CGPA bawah 2.0)
Nama : Ahmad Syukri Bin Kamaruddin
Umur : 22 tahun

Bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Tidak menghabiskan pengajian kerana terlalu sibuk berpolitik dan pencapaian akademiknya kurang memuaskan. Kini bekerja sebagai pegawai khas Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa.
Nama : Ahmad Syukri Che Ab Razab
Umur : 27 tahun

Bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Diberhentikan kerana pencapaian akademik kurang memuaskan. Meneruskan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Namun tidak menghabiskan pengajian kerana aktif dalam poltik kerana pencapaian akademik kurang memuaskan.

Kesimpulan :

Mereka adalah pelajar-pelajar IPTA pro-pembangkang yang gagal di IPTA. Tetapi selepas diberhentikan pengajian di IPTA kerajaan Negeri Selangor memberikan mereka 'full scholarship' untuk belajar di IPTS milik kerajaan negeri Selangor.

Kerajaan negeri Selangor dikatakan menggunakan mereka untuk menjayakan agenda gerakan politik pembangkang di kalangan pelajar-pelajar junior. Selanjutnya klik di sini...

KUALA LUMPUR BAKAL JADI RUSUHAN BERDARAH LIBYA DAN MESIR


Khabarnya Azmin telah mengarahkan setiap cabang PKR diseluruh negara menghantar 100 orang hadir untuk membuat kekacauan dalam rusuhan 'Bebaskan Peliwat 901' nanti. Pergerakan mereka adalah secara bersendirian dengan menggunakan kenderaan sendiri atau awam bagi mengelakan dari berkonvoi yang akan dapat dikesan oleh pihak berkuasa. 

Tempat perjumpaan mereka adalah di Mahkamah Tinggi KL pada 9/1/12 iaitu tarikh dimana keputusan kes liwat Anu arr akan didengar. Semua PKR negeri juga diarah untuk mendapatkan sokongan dari PAS dan DAP bagi menghantar seramai mungkin ahli mereka ke KL pada 9/1/12. 

04/01/2012

PAKATAN RAKYAT PERLEKEHKAN POLIS - BEBASKAN ANUAR 901 ???

Image Detail

PDRM PERLU BERTINDAK LEBIH TEGAS DALAM MENANGANI MASALAH SIALAN INI !!!.  TINDAKAN YANG AKAN DILAKUKAN OLEH PUAK2 USTAS NUAR ALJUBURI, AKAN MENJADIKAN MALAYSIA SEPERTI MESIR, LIBYA.  PIHAK ATM PERLU BERDIRI SAMA DENGAN PDRM UNTUK BERTINDAK.

Pakatan Rakyat (PR) dijangka menggerakkan 100,000 ahlinya bagi menyokong kempen Bebas Anwar 901 di pekarangan kompleks mahkamah Jalan Duta di sini Isnin depan.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, sokongan padu terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan diterjemahkan dalam pehimpunan besar-besaran itu nanti.

"Kita tidak takut untuk menggerakkan perhimpunan ini kerana ada peruntukan dalam Perlembagaan yang membenarkan kita berhimpun secara aman.

03/01/2012

NIK AZIZ MURTAD ???


Tok Guru Nik Aziz dah pening da.... maklum saja usia pun dah penghujung...
bertaubat lah cepat...takut tak sempat..

Konti radio Hot FM mula beroperasi di Terengganu


Stesen ‘Lebih Hangat Daripada Biasa’, Hot FM memperkukuhkan jenamanya apabila melakar satu lagi sejarah baru bagi pendengar apabila konti radio di Kuala Terengganu mula beroperasi pukul 6 pagi tadi.


Hot FM dalam satu kenyataan berkata, beroperasi di frekuensi 105.0 fm, stesen radio yang mula beroperasi tahun 2006 itu memulakan siaran dengan celoteh nakal Hot FM AM Krew bersama Fara Fauzana, AG, Faizal Ismail dan Usop.

02/01/2012

MB Terengganu Beri Amaran Pihak Cuba Murtadkan Orang Islam

Image Detail

KUALA TERENGGANU, 2 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu memberi amaran kepada mereka yang dianggap cuba 'bermain api' untuk memurtadkan umat Islam termasuk orang kelainan upaya (OKU) di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, mereka yang terlibat harus menghormati umat Islam dan menghentikan perbuatan yang bertentangan dengan perlembagaan negara yang dikhuatiri akan mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

Foto Pemimpin Pembangkang Bukti PR Dalang Mahasiswa Bertindak Ganas


Semalam beberapa orang politik yang terdiri daripada parti PKR iaitu Chegubard kelihatan bersama 17 orang pelajar yang merusuh di hadapan UPSI sehingga bertindak memecahkan pintu kaca sebuah klinik.

Hari ini selepas sahaja dibebaskan oleh pihak polis dari Balai Slim River, kumpulan pelajar yang diketuai Adam Adli bertindak berhimpun sekali lagi di hadapan UPSI tengah hari tadi. Anehnya ketika perhimpunan tengah hari tadi kelihatan beberapa pemimpin PAS bersama dengan kumpulan 'mahasewel' ini antaranya adalah Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Mahfuz Omar atau nama sebenarnya Mahfuz 'Bean' Omar. (gambar atas)

Anwar Ibrahim Tidak Relevan Lagi - Raja Petra Kamaruddin

01/01/2012

USTAS NUAR AL-JUBURI SAMPAI IJAZAH KEHORMAT KEPADA ADAM ADLI !!!

Tu diaaaa. Tahniah Adam Adli dan geng mahasiswa sebab berjaya jugak terima ijazah. Ijazah Ustas Nuar Al-Juburi. Berbaloi usaha pensyarah depa si Juburi tu duk bagi talk hari2, akhirnya Adam Adli berjaya masuk lokap. Kawan Adam, si Safwan Anang lebih cemerlang kerana berjaya meniru aksi Anwar tika Bershit 2.0 dulu dengan aksi tenat di hospital. 

TER - SAMBUTAN AMBANG 2012 DICEMARI DENGAN TUMPAHAN AIR HUJAN


Rhu Rendang 31/12/2011 - Sambutan Ambang 2012 yang dianjurkan oleh Pemuda/Puteri UMNO Dun Rhu Rendang, Marang telah diadakan di Dewan Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai, Kuala Terengganu.  Sambutan yang penuh erti tapi bersederhana menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bagi yang ditunjukkan oleh Pemuda/Puteri UMNO Dun Rendang terhadap kepimpinan Pegawai Penyelaras DUN, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...