Translate

30/12/2011

Antara penyebab kekalahan teruk PAS di PRU akan datang.


Semenjak bergabung dengan gerombolan Pakatan, PAS semakin terpinggir dari sokongan rakyat khusunya bangsa melayu. Walaupun perkara ini tak diakui oleh pemimpin-pemimpin mereka, inilah kenyataan sebenar yang diterjemahkan melalui kertas undi pilihanraya kecil di seluruh negara.

PAS alpa bahawa kehendak rakyat adalah lebih utama. Jangan ingat bahawa dengan mengutamakan kehendak rakan gabungan mereka dalam Pakatan, PAS berupaya untuk menarik sokongan rakyat kepada parti tersebut.

29/12/2011

Kita bersaudara

Image Detail

Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara. (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

Rasulullah SAW bersabda:"Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu seperti kamu mencintai dirimu sendiri” (HR Bukhari).

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula." - Sahih Muslim

28/12/2011

Dilarang memerangi pemerintah Islam

Image Detail

Nabi bersabda, “Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci perbuatan munkar pemimpin maka dia terlepas dari dosa, sesiapa yang membantah maka dia selamat dari dosa, namun yang berdosa, sesiapa yang redha dan menuruti perbuatan munkar tersebut”. Sahabat bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka melakukan solat”. (Riwayat Muslim).


Ad-Dawudi pula menyebut: yang menjadi pegangan para ulamak mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar.(rujukan Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

Iktibar Keterbukaan Hamas Dan Fatah

Image Detail
Orang Pas menyuruh saya berhenti menulis dan jangan campur tangan urusan rumah tangga mereka mengenai kedudukan Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa yang diibaratkan duri dalam daging.
Menurut Pas, biarlah mereka tangan sendiri masalah dalamannya. Orang luar tidak perlu campur tangan.
Benar, saya mengakui, tetapi tidak perlulah menyuruh saya berhenti memberi pandangan, kerana kebebasan ini dijamin Perlembagaan. Kenapa tidak suruh ultra kiasu yang terang-terang menghina Islam dan melakukan kemungkaran berhenti bercakap dan menulis. Manakah yang lebih bahaya, saya atau ultra kiasu?.

27/12/2011

Taktik licik mengkristiankan orang Melayu!!! mesti baca

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA AND A PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!! 


Nama saya Salleh Bin Omar , nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting , Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah , Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa , tempat tinggal , makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974 , saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia , dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad.


DUNIA AKHIR ZAMAN - "BERANI KERANA SALAH, TAKUT KERANA BENAR" !!!!

Image Detail

Nampak caranya peribahasa berani kerana benar takut kerana salah sudah tidak boleh digunapakai.

Khabarnya akan diadakan demo untuk membantah keputusan tentang kes liwat yang hanya akan diputuskan pada 9 Januari 2012 ini. Soalnya, belum lagi diputuskan siapa yang salah dan siapa yang benar di dalam keputusan kes itu.

PASAR MARANG - INDAH KABAR DARI RUPA !!!


Marang 25/12/2011 – Pembangunan demi pembangunan diujudkan disekitar kawasan Bandar Marang, demi untuk menaikkan taraf kedaifan yang dialami oleh penduduk di bandar ini sejak 30 tahun yang lalu jika dibandingkan dengan daerah-daerah di Negeri Terengganu.

Tapi sebaliknya apa yang berlaku sebagai contoh yang paling ketara sekali adalah PASAR BESAR MARANG – sumbangan dari Kerajaan Persekutuan, yang dianggap terbaik di daerah ini, namun kecantikan yang dilihat hanyalah diluaran atau dipandang dari jauh saja.

26/12/2011

Ustaz Fathul Bari - Kerjasama PAS & SYIAH Wajib Ditentang

PKR menuju kehancuran dan akan dibubarkan

Image Detail

Pakatan menuju kehancuran. Segalanya tidak kena. Pergaduhan terjadi di semua peringkat dan disemua komponen pakatan. Hampir setiap hari rakyat disajikan dengan cerita2 pergaduhan sesama mereka. 

Syabas - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) cipta kaedah baru kesan dadah

Image Detail

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menemui kaedah baru dalam mengesan pengambilan dadah menggunakan rambut dan kuku.

Penyelidik UMT, Prof Madya Dr Marina Mohd Ariffin bertanggungjawab menghasilkan produk Benzomip-SPE bagi memudahkan analisis mengenai pengambilan barang terlarang yang selama ini diperolehi melalui ujian air kencing atau sampel darah.


Beliau berkata, produk berkenaan digunakan bagi membuat ujikaji di unit forensik di Scotland melalui 15 sampel rambut dan menghasilkan bacaan yang lebih tepat.

25/12/2011

Makluman Terkini Berkenaan SBPA

Hasil perbincangan JPA bersama CUEPACS pada 23 Disember 2011 adalah dimaklumkan bahawa tarikh pelanjutan opsyen SBPA hingga 15 Januari 2012 sementara opsyen persaraan paksa ke 60 tahun kekal 30 Disember 2011.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
23 Disember 2011

HASSAN ALI TERIMA PENYINGKIRAN NYA DENGAN HATI YANG TERBUKA !!!!

Image Detail

KOTA BHARU 23 Dis. – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali percaya ada pihak tertentu dalam Pas yang merancang untuk menyingkirkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali daripada kepimpinan parti tersebut.

Beliau percaya, gerakan untuk meletakkan Hasan dalam ‘peti sejuk beku’ itu dilakukan secara terancang oleh golongan Islam liberal dalam Pas sendiri yang juga pro ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar Hasut Puak Gereja Pula dengan Isu 153 ? Dan nak buat kecoh pada 9/1/2012

Image Detail

Nampak gayanya Anwar tak duduk diam semakin kita hampir ke 901 .. Selepas cubaan menghasut mahasiswa supaya memulakan Teori Domino melalui protes jalanan tidak menjadi, kali ni Anwar cuba memainkan semula sentimen api perkauman / keagamaan melalui rakan nya dalam pihak gereja.

24/12/2011

Bukti Bergambar AnuWar Ibrahim & SAM Berselingkuh - Ops "Bebas Anwar 901"


Apakah anak-anak muda murahsiswa yang mengelarkan diri mereka Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) masih tidak mengakui AnuWar Ibrahim adalah dalang utama pergerakan mereka? Apakah tindakan mereka mengempur PWTC Sabtu lepas adalah hanya satu daripada rentetan demonstrasi jalanan dalam usaha membebaskan AnuWar Ibrahim yang akan dibicarakan awal tahun depan? Apakah demonstrasi yang dilakukan Sabtu lalu hanyalah "tip of the iceberg" untuk demonstrasi lebih terancang oleh murahsiswa yang menjadi keldai tunggangan pembangkang.

PESANAN TERAKHIR DARI NIK AZIZ KEPADA PENGIKUT-PENGIKUT FANATIKNYA !!!

Image Detail
Ikutlah konsep 1Malaysia
Akhirnya Nik Aziz bersuara dengan nada yang lemah lagi melemahkan.  Katanya:  “Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa.  Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya Allah,” 

Atas desakan akar umbi yang semakin membusuk, atas kemahuan ranting yang kian menggugurkan dedaunnya yang kering, Nik Aziz terpaksa mempertahankan kenyataan dasar negara kebajikan yang dianjurkan oleh parti itu. Dakwaan Hassan Ali terhadap dasar negara berkebajikan telah menyimpang dari perjuangan asal Pas disanggah.  

GEMPAR !!! - ANUAR MAHUKAN KUMPULAN SISWA MENUNTUT KEBEBASAN SEPERTIMANA MESIR !! sebelum 09/01/2012


Perjumpaan sulit di antara Anwar Ibrahim dengan sekumpulan siswa-siswi yang dikeldaikan oleh parti pembangkang di rumah Anwar Ibrahim mendedahkan banyak persoalan baru.


Sumber MiM mengatakan bahawa pihak penganjur program dialog itu ialah Anwar Ibrahim Club (AIC). Beberapa individu daripada ABIM turut berada di sana.



Program dialog tersebut dipengerusikan oleh Dr. Aliff



Manakala terdapat ucapan yang dimulakan dengan kroni tegar Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, Wan Azizah dan Rafizi Ramli.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...