Translate

16/12/2011

Ketua Muslimat Tak Puas Hati Dan Tidak Bersyukur Pemberian RM500 !!

Ketua Muslimat Tak Puas Nikmat
Tengok mukanya pun dah geli..... ini nak jadi pemimpin ?????
Ketua dewan muslimat PAS menyerlahkan pemikiran pencacai yang tak pernah mengenal nikmat bersyukur.Ini hasil didikan pakatan agar tidak akan sesekali berterima kasih kepada kerajaan walau seberapa banyak bantuan diberikan.

Remaja Dibotakkan Polis

alt
BANDA ACEH, Indonesia - Polis memulihkan akhlak lebih 60 peminat muzik punk rock yang terdiri daripada golongan belia di wilayah Aceh, Sumatera dengan alasan mereka mencemarkan imej wilayah berkenaan.
Sejak ditangkap pada satu konsert di sini pada malam Sabtu lepas, seramai 59 peminat punk rock lelaki dan lima peminat perempuan dipaksa memotong rambut, menukar pakaian dan bersolat.

15/12/2011

Sebumbung Dengan Kambing – Serius, PAS Perlu Digantikan


PENULIS tak rasa pada 1990 ketika orang Kelantan bagi 100% kemenangan kepada PAS, akan terbayang pada 2011 ini masih ada lagi di antara mereka yang duduk sebumbung dengan kambing!!  Penulis tak tahu apa masalahnya tapi itulah yang dilapor dalam Berita Harian semalam dan Buletin Utama TV3 sebentar tadi.

Penulis rasa kambing itu diletak didapur rumah kerana pemilik rumah tiada wang untuk membina kandang kambing.  Penulis boleh faham kalau ayam dan burung duduk dalam rumah tapi kambing?

14/12/2011

USTAZ NUAR AL-JUBURI SUDAH MENGHAMPIRI BANGLO SUNGAI BULOH


KUALA LUMPUR 13 Dis. – Senjata makan tuan. Itulah yang berlaku kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila keterangan membela diri dari kandang tertuduh yang dibuat sebelum ini tidak langsung menafikan kehadirannya di unit kondominium tempat kejadian liwat didakwa berlaku.

Tidak cukup dengan itu, keterangan tanpa sumpah itu yang lebih banyak menyalahkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mendengar kesnya tidak langsung menyentuh mengenai sakit belakang yang membataskan pergerakannya sekali gus menidakkan keupayaannya untuk meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Tiada krisis kekurangan minyak masak di Terengganu

Image Detail

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu menafikan laporan sebuah akhbar tempatan beberapa hari lalu yang menyatakan negeri ini menghadapi krisis kekurangan bekalan minyak masak yang serius.

Timbalan Pengarahnya, Ab. Ghani Harun yang kesal dengan laporan itu sebaliknya berkata, bekalan barangan subsidi itu bukan sahaja mencukupi, malah melebihi daripada keperluan penduduk negeri ini.

Aktiviti laut di Terengganu berbahaya

Image Detail

Semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk kerja di pelantar minyak di negeri ini adalah berbahaya memandangkan keadaan laut bergelora buat masa ini, menurut Stesen Meteorologi Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, semalam (12 Disember).

Jurucakap stesen itu berkata, angin kencang timur laut selaju 60 kilometer sejam dan ombak setinggi melebihi 5.5 meter dijangka berterusan sehingga 17 Disember ini.

13/12/2011

Niat Tony Pua Fitnah Scorpene Terbongkar Untuk Singapura


Niat sebenar para pemimpin pakatan dan DAP yang menyerang perolehan aset kapal selam negara kini terbongkar ,terutamanya Tony Pua dan para pemimpin DAP.Mereka begitu teruk menggasak Kementerian Pertahanan agar mendedahkan spesifikasi Scorpene kepada umum. Tidakkah kita sedar bahawa jika kita mendedahkan spesifikasi kapal selam negara sudah pasti pihak negara asing seperti Singapura akan rahsia aset penting negara.

Saya Tidak Kisah Tidak Dicalonkan oleh Parti PAS

alt
KUALA LUMPUR, 12 Dis 2011 - Datuk Dr Hasan Mohd Ali berkata beliau sudah lama bersedia untuk menerima berita digugurkan atau tidak diletakkan sebagai calon parti Pas pada pilihanraya umum nanti.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas kawasan Gombak Setia bagaimanapun menganggap perkara ini remeh-temeh kerana beliau mempunyai agenda yang lebih besar untuk dilaksanakan.

Pakatan & Majlis Peguam Mahu Gulingkan Kerajaan

alt
KUALA LUMPUR, 12 Dis 2011 - : Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata NGO tajaan Amerika Syarikat menyumbang dana kepada beberapa pemimpin dalam parti pembangkang dan Majlis Peguam untuk mengguling kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata demikian semasa mengulas laporan AFP semalam bahawa ada bukti NGO tajaan AS cuba mengkucar-kacirkan Kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

12/12/2011

KESENGSARAAN PENGUNDI PAS DIBAWAH PEMERINTAHAN DS HADI !!!


Marang 12/12/2011 - Gelombang PAS GANTI UMNO ancam UMNO-BN Terengganu itulah manifesto PAS Terengganu yang diperkenalkan  dalam menghadapi PRU ke 13. Berbagai-bagai kenyataan telah dikeluarkan dan dilemparkan kepada kepimpinan UMNO-BN Terengganu sebagaimana yang dipaparkan dalam FIKRAH (Harakah) keluaran 8/12/2011.  Nak baca rasa geli... dan nak mutah dibuatnya.


KAU TAHU AKU PUN TAHU

Mengapa pemimpin BN terutama UMNO tidak tampil dengan tindakan lebih berani dan agresif melawan serangan pembangkang terutamanya didalam isu Agama dan kedaulatan Raja Raja. Mengapa mereka ini terlalu bersikap budiman dan mengambil strategi bertahan?. Adakah mereka ini terlalu takut dengan nilaian Undi dari kehilangan maruah Agama dan Bangsa?.

Permohonan ke SMA meningkat 200 peratus


Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menerima lebih 6,000 permohonan pelajar yang tamat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk belajar di Sekolah Menengah Agama (SMA) di bawah kelolaan kerajaan negeri tahun depan.

Penolong Pesuruhjaya Hal Ehwal Murid JHEAT, Encik Razak Jusoh berkata, permohonan yang diterima itu melebihi 200 peratus berbanding kekosongan tempat pelajar tingkatan satu di sekolah berkenaan hanya 1,525 tempat sahaja.

11/12/2011

Jangan keterlaluan, undang-undang masih ada kuasa


KUALA LUMPUR 11 Dis. - Sistem undang-undang khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mempunyai kuasa untuk bertindak menjaga keamanan walaupun kerajaan telah meliberalkan beberapa sistem berkaitan aspek kehidupan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Yakin Janji Allah… Yang Hak Akan Mengalahkan Yang Batil

Jika dilihat pada BN, UMNO adalah tunjang kepada BN dan kerajaan kerana kerusi Parlimen UMNO lebih banyak.
UMNO meneruskan penguasaan Melayu/Islam kepada kerajaan dan dapat kukuhkan institusi Raja-raja Melayu.
Lihat pula sandiwara DAP, PKR dan Pas. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan nafsu serakahnya mahu jadi PM dalam realiti majoriti wakil rakyat adalah DAP. Sudah tentu DAP mahu orangnya jadi PM atau Presiden Republik Malaysia.

Tak Hairan Cuma Satu Masjid Lepas 20 Tahun Sebab Islam Versi Pas Berbeza

Image Detail
Pengakuan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Abdul Fatah Harun bahawa kerajaan negeri hanya membina sebuah masjid daripada wang sendiri sejak mentadbir lebih 20 tahun lepas bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Islam versi Pas berbeza dengan Islam sebagai ad-din.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, pandangan Pas berkaitan Islam berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh UMNO kerana Pas melihat Islam sebagai parti sedangkan UMNO melaksanakan cara hidup Islam keseluruhannya termasuklah dalam pentadbiran dan pengurusan.

10/12/2011

Tak Jadi Calon DUN : Hasan Ali Jawab Isnin

Post Pic
Bekas Naib Presiden PAS Datuk Hasan Ali dijangka menjawab persoalan di sebalik penggugurannya sebagai calon Pilihanraya Umum ke -13 oleh Pas Selangor pada Isnin depan.

Sumber- sumber rapat memberitahu Hasan akan memanggil sidang akhbar itu untuk memberi penjelasan penuh mengenai isu berkenaan.

MCA Jadi Broker Damai Di Antara PAS dan DAP?

Post Pic

Mengapa PAS masih enggan memasukkan agenda melaksanakan hukum Islam dalam manifesto perjuangan Pakatan Rakyat untuk pilihanraya umum ke-13 yang semakin hampir kini? Sebaliknya, mengapa pula di belakang DAP, PAS mengulang ikrar bahawa ia tetap akan melaksanakan hukum Islam keseluruhannya tetapi “mengikut peringkat” ?

Di samping itu, mengapa pula DAP yang selama ini menjadi jaguh gerakan menentang pelaksanaan hukum Islam tiba-tiba bersikap lebih sopan dan tidak membantah ketegasan PAS ? Apakah DAP bimbang ia boleh mengancam kerjasama kedua-dua parti itu dengan sebuah lagi parti kerabatnya, PKR ?

BAYARAN PENCEN BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI KRISMAS

Image Detail
Bersempena dengan sambutan Hari Krismas pada 25 Disember 2011, Kerajaan telah memutuskan untuk membayar pencen dan Bayaran Khas Pesara (BKP) kali kedua pada 16 Disember 2011.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...