Translate

11/12/2011

Jangan keterlaluan, undang-undang masih ada kuasa


KUALA LUMPUR 11 Dis. - Sistem undang-undang khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mempunyai kuasa untuk bertindak menjaga keamanan walaupun kerajaan telah meliberalkan beberapa sistem berkaitan aspek kehidupan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Yakin Janji Allah… Yang Hak Akan Mengalahkan Yang Batil

Jika dilihat pada BN, UMNO adalah tunjang kepada BN dan kerajaan kerana kerusi Parlimen UMNO lebih banyak.
UMNO meneruskan penguasaan Melayu/Islam kepada kerajaan dan dapat kukuhkan institusi Raja-raja Melayu.
Lihat pula sandiwara DAP, PKR dan Pas. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan nafsu serakahnya mahu jadi PM dalam realiti majoriti wakil rakyat adalah DAP. Sudah tentu DAP mahu orangnya jadi PM atau Presiden Republik Malaysia.

Tak Hairan Cuma Satu Masjid Lepas 20 Tahun Sebab Islam Versi Pas Berbeza

Image Detail
Pengakuan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Abdul Fatah Harun bahawa kerajaan negeri hanya membina sebuah masjid daripada wang sendiri sejak mentadbir lebih 20 tahun lepas bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Islam versi Pas berbeza dengan Islam sebagai ad-din.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, pandangan Pas berkaitan Islam berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh UMNO kerana Pas melihat Islam sebagai parti sedangkan UMNO melaksanakan cara hidup Islam keseluruhannya termasuklah dalam pentadbiran dan pengurusan.

10/12/2011

Tak Jadi Calon DUN : Hasan Ali Jawab Isnin

Post Pic
Bekas Naib Presiden PAS Datuk Hasan Ali dijangka menjawab persoalan di sebalik penggugurannya sebagai calon Pilihanraya Umum ke -13 oleh Pas Selangor pada Isnin depan.

Sumber- sumber rapat memberitahu Hasan akan memanggil sidang akhbar itu untuk memberi penjelasan penuh mengenai isu berkenaan.

MCA Jadi Broker Damai Di Antara PAS dan DAP?

Post Pic

Mengapa PAS masih enggan memasukkan agenda melaksanakan hukum Islam dalam manifesto perjuangan Pakatan Rakyat untuk pilihanraya umum ke-13 yang semakin hampir kini? Sebaliknya, mengapa pula di belakang DAP, PAS mengulang ikrar bahawa ia tetap akan melaksanakan hukum Islam keseluruhannya tetapi “mengikut peringkat” ?

Di samping itu, mengapa pula DAP yang selama ini menjadi jaguh gerakan menentang pelaksanaan hukum Islam tiba-tiba bersikap lebih sopan dan tidak membantah ketegasan PAS ? Apakah DAP bimbang ia boleh mengancam kerjasama kedua-dua parti itu dengan sebuah lagi parti kerabatnya, PKR ?

BAYARAN PENCEN BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI KRISMAS

Image Detail
Bersempena dengan sambutan Hari Krismas pada 25 Disember 2011, Kerajaan telah memutuskan untuk membayar pencen dan Bayaran Khas Pesara (BKP) kali kedua pada 16 Disember 2011.

09/12/2011

KUMPULAN RODAT SERI TERENGGANU KG. SURAU PANJANG

Telah dirakam oleh bloger pada 08/12/2011 di Majlis Kesyukuran 'Sehari bersama menyelami Fakir Miskin, Anak Yatim, Ibu Tunggal dan Saudara Baru (Muaallaf) telah diadakan di Lot 8827, Kg. Jeram Manir, Kuala Terengganu.



ORANG BIADAP PERLU DI AJAR.



Perkasa melihat kenyataan Ngar Kor Ming yang mengatakan Perak Darul Kartun adalah suatu kenyataan biadap daripada seorang manusia yang tak sedar dek untung sampai sanggup menghina dan memperlekehkan negerinya sendiri.Nampaknya beliau telah terpengaruh dengan perangai dan sikap yang menjadi amalan oleh ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim yang sanggup menghina negaranya sendiri tatkala berada diluar negara.

SEHARI BERSAMA M ENYELAMI JIWA FAKIR MISKIN, ANAK YATIM

Manir 08/12/2011 - Majlis Kesyukuran 'Sehari bersama menyelami Fakir Miskin, Anak Yatim, Ibu Tunggal dan Saudara Baru (Muaallaf) telah diadakan di Lot 8827, Kg. Jeram Manir, Kuala Terengganu.  Majlis telah dianjurkan dan telah dirasmikan oleh Ustaz Baba dan dibantu oleh Puan Faziahti Muda dan Azmah Muda.


08/12/2011

PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM DIANTARANYA !!! - BHG IV

Image Detail

MEMPERSENDAKAN HUKUM HUDUD ALLAH

PAS telah mempersendakan hudud Allah. Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata “Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang”. Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

Pas Tak Ikhlas, Tiga Tahun Di Terengganu, 20 Tahun Di Kelantan Tak Buat Hudud

Image Detail
KUALA TERENGGANU, 6 Dis – Parti Pas sebenarnya tidak ikhlas dalam memperkenalkan hukum hudud kerana ia semata-mata bertujuan dijadikan wadah  politik parti itu untuk memenangi hati rakyat, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Beliau berkata hukum hudud sering dijadikan isu semasa pilihan raya dan kini ia dibangkitkan kembali kerana pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) hampir tiba.
“Kita lihat negeri Kelantan yang sudah lama diperintah Pas, kenapa tak dilaksanakan hukum itu kalau mereka betul-betul berkemampuan dan berkebolehan? Jalankanlah hukum itu disana,” katanya kepada media semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berhenti rehat.

07/12/2011

Golongan petani wajar diberi kursus

Image Detail
Kerajaan negeri sewajarnya memandang serius kepakaran golongan petani di negeri, dengan mewujudkan pelbagai kursus di bidang berkenaan agar mereka lebih bermotivasi dan mampu bersaing setanding petani berjaya di negeri lain.

YB Ramlan Ali (BN-Jabi) memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, langkah itu perlu diadakan segera supaya golongan itu tidak lagi mempunyai sikap sambil sebaliknya lebih serius mengusahakan bidang tersebut.

PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM DIANTARANYA !!! - BHG III

Image Detail

DERMA JIHAD YANG JAHAT

PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah dari segi syariat. Amanat Hadi menyebut “Derma kita adalah Jihad”.

06/12/2011

PAS SANGGUP DIPERKUDA DEMI POLITIK - HADI

Image Detail

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara sindiran mendakwa adalah lebih baik PAS ‘diperkuda’ berbanding Umno yang ‘diperlembu’.
Berucap pada majlis Rapat Rakyat di Stadium Malawati di sini, malam ini beliau menjelaskan, kuda diguna untuk berjuang tetapi lembu hanya untuk disembelih.
“Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS.

PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM DIANTARANYA !!! - BHG II

Image Detail

MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM

Program-program Islam bagi melaksanakan Institusi Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam,Universiti Islam dan Institusi Islam yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. Anehnya antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti-universiti lain.

05/12/2011

PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM DIANTARANYA !!!

Image Detail
Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama Jumaat sekampung, kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturahim dan putus hubungan kerabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...