Telah dirakam oleh bloger pada 08/12/2011 di Majlis Kesyukuran 'Sehari bersama menyelami Fakir Miskin, Anak Yatim, Ibu Tunggal dan Saudara Baru (Muaallaf) telah diadakan di Lot 8827, Kg. Jeram Manir, Kuala Terengganu.
Translate
09/12/2011
ORANG BIADAP PERLU DI AJAR.
Perkasa melihat kenyataan Ngar Kor Ming yang mengatakan Perak Darul Kartun adalah suatu kenyataan biadap daripada seorang manusia yang tak sedar dek untung sampai sanggup menghina dan memperlekehkan negerinya sendiri.Nampaknya beliau telah terpengaruh dengan perangai dan sikap yang menjadi amalan oleh ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim yang sanggup menghina negaranya sendiri tatkala berada diluar negara.
SEHARI BERSAMA M ENYELAMI JIWA FAKIR MISKIN, ANAK YATIM
Manir 08/12/2011 - Majlis Kesyukuran 'Sehari bersama menyelami Fakir Miskin, Anak Yatim, Ibu Tunggal dan Saudara Baru (Muaallaf) telah diadakan di Lot 8827, Kg. Jeram Manir, Kuala Terengganu. Majlis telah dianjurkan dan telah dirasmikan oleh Ustaz Baba dan dibantu oleh Puan Faziahti Muda dan Azmah Muda.
08/12/2011
PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM DIANTARANYA !!! - BHG IV
MEMPERSENDAKAN HUKUM HUDUD ALLAH
PAS telah mempersendakan hudud Allah. Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata “Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang”. Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?
Pas Tak Ikhlas, Tiga Tahun Di Terengganu, 20 Tahun Di Kelantan Tak Buat Hudud
KUALA TERENGGANU, 6 Dis – Parti Pas sebenarnya tidak ikhlas dalam memperkenalkan hukum hudud kerana ia semata-mata bertujuan dijadikan wadah politik parti itu untuk memenangi hati rakyat, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Beliau berkata hukum hudud sering dijadikan isu semasa pilihan raya dan kini ia dibangkitkan kembali kerana pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) hampir tiba.
“Kita lihat negeri Kelantan yang sudah lama diperintah Pas, kenapa tak dilaksanakan hukum itu kalau mereka betul-betul berkemampuan dan berkebolehan? Jalankanlah hukum itu disana,” katanya kepada media semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berhenti rehat.
07/12/2011
Golongan petani wajar diberi kursus
Kerajaan negeri sewajarnya memandang serius kepakaran golongan petani di negeri, dengan mewujudkan pelbagai kursus di bidang berkenaan agar mereka lebih bermotivasi dan mampu bersaing setanding petani berjaya di negeri lain.
YB Ramlan Ali (BN-Jabi) memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, langkah itu perlu diadakan segera supaya golongan itu tidak lagi mempunyai sikap sambil sebaliknya lebih serius mengusahakan bidang tersebut.
PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM DIANTARANYA !!! - BHG III
DERMA JIHAD YANG JAHAT
PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah dari segi syariat. Amanat Hadi menyebut “Derma kita adalah Jihad”.
06/12/2011
PAS SANGGUP DIPERKUDA DEMI POLITIK - HADI
Berucap pada majlis Rapat Rakyat di Stadium Malawati di sini, malam ini beliau menjelaskan, kuda diguna untuk berjuang tetapi lembu hanya untuk disembelih.
“Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS.
PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM DIANTARANYA !!! - BHG II
MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM
Program-program Islam bagi melaksanakan Institusi Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam,Universiti Islam dan Institusi Islam yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. Anehnya antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti-universiti lain.
05/12/2011
PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM DIANTARANYA !!!
Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama Jumaat sekampung, kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturahim dan putus hubungan kerabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.
04/12/2011
Facebook Islam dilancar tahun depan
ISTANBUL 2 Dis. - Sekumpulan ahli perniagaan Islam di Turki, semalam mendedahkan rancangan untuk melancarkan laman web sosial seperti Facebook yang dipenuhi dengan nilai-nilai baik untuk golongan muda Islam.
Naib Presiden kumpulan tersebut, Ahmed Azimov berkata, laman sosial SalamWorld.com, yang akan dilancarkan pada tahun depan, berfungsi untuk menyatukan golongan muda dengan satu matlamat yang sama dan menerapkan ciri-ciri baik serta mengetepikan maklumat yang tidak bermanfaat.
Katanya, laman sosial itu berpangkalan di Istanbul dan mempunyai cawangan pejabat di Moscow serta Kaherah dan diselaraskan di 30 buah negara lain, dijangka menarik kira-kira 50 juta pengguna dalam tempoh tiga tahun.
FBI intip komuniti Islam
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) didakwa mengintip dan mengumpul maklumat mengenai kumpulan komuniti Islam melalui penyertaan dan pertemuan dalam program khidmat masyarakat dengan wakil mereka, kata pertubuhan hak asasi Amerika Syarikat (AS), semalam.
Kesatuan Kebebasan Hak Sivil Amerika (ACLU) dalam satu laporan berkata, FBI melangkaui bidang kuasanya dan melanggar kepercayaan kumpulan itu yang bersetuju untuk bertemu pegawai penguatkuasa undang-undang.
Laporan itu dikeluarkan berdasarkan dokumen kerajaan yang didapati melalui Akta Kebebasan Maklumat.
03/12/2011
Cabaran 4x4 terpanjang dunia bermula
Cabaran sepuluh hari aksi lasak Rainforest Challenge International Terengganu 2011 (RFC 2011) mencatatkan penyertaan paling ramai lebih 500 peserta dari 30 buah negara bermula hari ini.
Pengasas dan Pengarah acara itu, Luis J.A. Wee berkata, acara pengembaraan 150 buah kenderaan pacuan empat roda, 4x4 itu merupakan yang terpanjang dan paling sukar di dunia terutama dalam berhadap musim monsun ketika ini.
Katanya, seperti tahun-tahun sebelumnya, cabaran edisi ke-15 ini diadakan pada musim tenkujuh yang menjadikan pengembaraan tahunan ini menjadi tumpuan para pengembara kenderaan 4x4 dari seluruh pelusuk dunia.
“Populariti acara ini meningkat setiap tahun yang dijangka menarik lebih 30,000 peminat sukan lasak yang menunggu di setiap lokasi persinggahan serta tempat pertemuan pelbagai negara, budaya dan adat resam.
Langgan:
Catatan (Atom)