Translate

24/11/2011

Dewan Rakyat Lulus Usul Pemansuhan Tiga Proklamasi Darurat

Image Detail
KUALA LUMPUR, 24 Nov – Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul memansuhkan tiga Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1966, 1969 dan 1977.
Usul itu diluluskan pada 4 petang apabila bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyaksikan lebih suara menyokong.

PERKASA MENYOKONG PENUH AKTA PERHIMPUNAN AMAN


Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman mendapat reaksi yang positif dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menyokong penuh akta baru ini atas alasan ia penambahbaikan berbanding peruntukan sedia ada.
Dato’ Ibrahim Ali berkata, Akta Perhimpunan Awam masih memberi kebebasan berhimpun dan tidak menyekat kebebasan untuk berhimpun selagi perhimpunan berjalan secara aman.

23/11/2011

Kem Telaga Batin diisytihar nama baru

Kem Pengakap Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu kini diisytiharkan nama kepada Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan mengisytiharkan nama kem itu ketika merasmikan Jambori Malaysia Ke-12 dan Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2011, baru-baru ini.


KERAKUSAN PENGUSAHA CHALET DEMI KEPENTINGAN PERIBADI !!!!

Marang 22/11/2011 - Keadaan inilah yang berlaku di Lot 418, Mukim Rusila, Marang, Terengganu, dimana seorang pengusaha baru Chalet yang dikenali dengan nama Malik berasal dari Losong, Kuala Terengganu telah membangunkan chalet baru dikawasan tersebut dengan keluasan yang agak luas.  Namun pengusaha ini tidak memperdulikan peruntukkan undang-undang tanah negara dan tidak memikirkan langsung keadaan rakyat dipersekitaran, dimana laluan sungai yang merentasi tanah tersebut telah ditutup sebahagian besar untuk membina jambatan yang menghubungi tapak projek tersebut.


22/11/2011

JKKK perlu tambah ilmu mengikut perkembangan semasa

Image Detail

Memegang jawatan dalam barisan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bukan bermakna sudah mengetahui semua perkara sebaliknya JKKK juga perlu sentiasa menambah maklumat khususnya berkaitan dasar dan hasrat kerajaan.

Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail berkata, barisan JKKK harus memandang positif saranan itu kerana pengetahuan dan ilmu membolehkan urusan pentadbiran kampung diuruskan secara efisyen.

JKM Terengganu Sedia RM 1.1 Juta Bantu Mangsa Banjir

Image Detail
MARANG: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu memperuntukkan kira-kira RM1.1 juta bagi keperluan makanan kepada mangsa banjir negeri itu.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Zuhami Omar berkata bekalan makanan seperti sardin, minyak masak, gula, susu bayi dan selimut kini ditempatkan di depot bencana Zon Timur, Marang, di sini.

MEMANG KURANG AJAR - Imej Tuan Rumah Sukan SEA Tercalar !!!! Bagaimana Penonton Boleh Masuk & Terajang Peserta??

Apa sudah jadi? Angkara penonton, imej Indonesia sebagai penganjur Sukan SEA ke26 tercalar .... Bayangkanlah kalau malam nie Harimau Muda sekali lagi memBAHAM Garuda? Adakah insiden sebegini akan akan berlaku, tidak setakat bakar JALUR GEMILANG sahaja seperti yang mereka lakukan baru-baru ini.

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! - HARIMAU MUDA


21/11/2011

Umno Bermasalah Mencari Pemimpin - Mahathir.


KUALA LUMPUR, 20 Nov — Sementara Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Umno selaku parti teras perikatan itu berhadapan dengan masalah mendapatkan pemimpin terbaik.

Bekas perdana menteri itu berkata, Umno diselubungi masalah mencari pemimpin — pendirian yang mengesahkan pandangan banyak pihak selama ini.

Kelab MyVoice Berjuang Menentang Pembohongan Pembangkang

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kelab sukarelawan Media Sosial 1Malaysia (MyVoice) mengumpulkan lebih 2,000 pengamal media sosial seluruh negara dilancarkan hari ini dalam mengintegrasikan perjuangan menentang kepalsuan dan pembohongan pihak pembangkang di alam maya.

MyVoice dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Amanat Presiden UMNO pendekatan terbaik


Amanat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pemuda dan Puteri UMNO hari ini merupakan satu suntikan motivasi memandangkan pengundi muda adalah faktor penentu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, amanat yang disampaikan Presiden khas kepada Pemuda dan Puteri itu merupakan satu program yang julung kali diadakan bagi mengingatkan kepada ahli parti generasi muda tentang pelbagai perkara terutama berhubung perpaduan di semua peringkat parti.

Amaran angin kencang, ombak 3.5 meter di Terengganu


Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan melaporkan, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka melanda negari-negeri Timur dan Utara semenanjung termasuk Terengganu bermula Isnin hingga Khamis ini.

Menurutnya, penduduk di kawasan rendah diminta berwaspada kerana hujan tersebut boleh menyebabkan banjir.

Terengganu bakal 'banjir besar' bermula Selasa ini

Terengganu bakal dibanjiri ribuan pengunjung bagi menyaksikan kejohanan lumba kapal layar bertaraf dunia, Piala Monsun 2011 yang dijadual berlangsung selama enam hari bermula 22 November ini di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di Pulau Duyong, di sini.

Sempena acara tahunan itu, pelbagai acara menarik akan disediakan oleh pihak penganjur selain acara sampingan bertempat di sekitar Pulau Duyong bagi memeriahkan kejohanan sebagai penutup tirai Siri Jelajah Dunia Match Racing 2011 kali ini.

20/11/2011

Sebiji kelapa di Terengganu RM3

Image Detail
KUALA TERENGGANU - Ramai pengguna terutamanya suri rumah terkejut mendapati harga kelapa meningkat di antara RM2.50 hingga RM3 sebiji dan beberapa penjual mendakwa kenaikan itu kerana bekalan yang berkurangan.
Menurut mereka, harga kelapa mula meningkat sejak beberapa hari lalu dan santan segar pula dijual dengan harga RM9 satu kilogram.

SUHAKAM - dah tak kenal hak penjenayah?? Patut dibubarkan....

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tetap memertahankan tindakan menahan 13 orang di Tawau Isnin lalu dibawah ISA sekalipun dipertikaikan oleh  Suruhajaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) dan parti-parti pembangkang kerana didakwa tidak hormati semangat pengumuman kerajaan untuk mansuhkan ISA.

19/11/2011

PROGRAM KEM KESIHATAN REMAJA DAN MAJLIS BERKHATAN DUN RHU RENDANG

Marang 19/11/2011 - Klinik Kesihatan Marang telah menganjurkan Kem Kesihatan Remaja dan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai di Klinik Kesihatan Marang pada hari ini bermula jam 8.30 pagi.  Sejak awal pagi lagi ibu/bapa telah mula membanjiri Klinik Kesihatan Marang untuk membuat pendaftaran anak-anak mereka. Sehingga jam 11.00 pagi, seramai 77 orang kanak-kanak telah mendaftar dan dikenakan bayaran hanya RM60. Empat orang Doktor telah ditugaskan untuk menjayakan program yang telah diatur.

18/11/2011

Ibu tunggal Terengganu aktif sertai PCIT

Kira-kira 6,343 ibu tunggal di Terengganu aktif menyertai Program Cakna Ibu Tunggal (PCIT) yang diwujudkan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sejak tahun lalu.

Penglibatan golongan itu dalam PCIT bukan saja dapat membantu menyelesaikan pelbagai masalah malah mampu memberi, sokongan, galakan dan menyuntik semangat baru supaya terus berdikari meningkatkan ekonomi keluarga.

Pengarah YPKT, Encik Mohd Safaruddin Mustaffa, berkata PCIT mampu membuktikan keberkesanannya kerana sehingga kini mampu menghimpunkan lebih 6,000 ibu tunggal yang kematian suami atau bercerai dalam satu kumpulan.

T-Team uji pemain import Brazil


Pemain Zambia, Sashi Chalwe merupakan yang pertama diuji pasukan T-Team dalam rangka pengisian pemain import dalam menghadapi Liga Malaysia 2012.

Jurulatihnya, Yunus Alif berkata, selepas ini, T-Team akan menguji beberapa pemain dari Argentina, Cameroon dan Brazil dalam usaha mencari pemain import terbaik untuk pasukan itu.

"Kita akan menguji pemain import ini satu demi satu supaya kita benar-benar dapat pemain yang import yang berkualiti dan baik,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...