Translate

10/11/2011

Rasuah: 4 polis dipenjara, didenda

SHAH ALAM – Dua anggota polis peronda dijatuhi hukuman penjara empat tahun, manakala dua lagi anggota polis peronda dikenakan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan rasuah, dua tahun lepas.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM30,000 terhadap Lans Koperal Mohammad Faizatulakma Shamsuddin, 27, atas tiga kesalahan meminta, bersetuju terima dan memperoleh suapan.

09/11/2011

BILA PAS "KORBANKAN" ANWAR?

Image Detail
PAS sudah mula melakukan kerja promosi ke atas Ku Li. Ini kerana Ku Li sudah mengangkat "Amanah" sehingga ramai "orang UMNO" berada di dalam Amanah. Barangkali PAS fikir "Bila Ku Li masuk PAS baru UMNO tahu!!. Padan muka UMNO"!!

Politik Ku Li membiak dan membesar dalam UMNO dan balik UMNO. Dia hanya kata "Dalam UMNO tak ada ruang" mcm hotel dah full house. Dalam keadaan ini, yang teramat risau dan gundah gulana ialah Anwar. Pertanda besar, dengan kehadiran Ku Li, Anwar akan dikorbankan. PAS tahu moral Anwar tercemar dan terlalu rendah. Hanya Guan Eng yang puji Anwar sehingga Anwar itu "bayang-bayang PM" bagi Guan Eng . Tetapi majoriti rakyat Malaysia tahu bahawa apa yang di katakan tentang "keperdanamenterian" Anwar itu adalah muslihat dan penuh hipokracy dan tidak ikhlas dan berpura-pura dan madah berhelah dan sewaktu dengannya Guan Eng.


PROGRAM WACANA ILMU

Image DetailImage Detail

Kuala Terengganu - Program Wacana Ilmu anjuran Terengganu Integrity And Stratigic Studies Institute (T-ISSI) akan diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu pada hari Khamis 10 Nov 2011 bersamaan 14 Zulhijjah 1432H mulai jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang.


08/11/2011

Kisah Blogger Di Jual Oleh Mereka Yang Rapat Dengan MENTERI..

Artikel dari: http://darulehsantoday.blogspot.com


Bak kata husin lempoyang" dunia-dunia meniaga manusia lebih bagus dari unta" apa yang husin lempoyang cakap 40 tahun dulu terbukti benar, dia bukan suka-suka cakap macam tu... jual manusia lebih untung dari jual barang lain.

Pelacuran dan pemerdagangan orang selalu kita dengar dalam akhbar dan berita, tapi jual blogger ni tak pernah kita dengar pun, memang la korang tak pernah dengar pasal korang bukan blogger dan benda ni hanya di ketahui oleh blogger dan pemainnya sahaja.

Makan duit haram dari hasil orang lain, yang kena tipu hidup-hidup tu bukan orang lain, pak-pak menteri yang terlalu percaya sangat dengan orang umno, pegawai dan orang kanannya yang buat kerja-kerja tu, bagai mana mereka menipu? senang je... copy segala artikel yang budak-budak blogger ni tulis selama seminggu, kemudian dia print, cek ranking di laman web alexia, ambik nama blogger yang ngetop, kemudian jumpe menteri kata " datuk saya jaga budak-budak blogger ni" dan mereka-mereka tu akan tambah ajinomoto, serbuk cili secukup rasa supaya menteri yang dia jumpe tu terpengaruh.

Laporan lanjut bacalah dari blogger malang

7 anggota polis ditahan kes pemerasan semasa Sekatan Jalanraya

Image Detail
Gambar hiasan
JOHOR BAHARU - Tujuh anggota polis ditahan selepas disyaki terlibat dalam satu kes pemerasan di sini dua hari lepas.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kesemua mereka ditahan pada 3 pagi di kawasan Plentong di sini oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Utara yang diketuai Asisten Supritendan Tan Yang Siong selepas bertindak dari satu aduan.

Anwar menipu gambar menunaikan Haji....gelinya ....


Politik yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim sejak mutakhir ini semakin menjijikkan dan dilihat cukup terdesak bagi mencari sokongan dari rakyat. Pengikut-pengikut Pakatan semakin tidak keruan dengan paparan media setiap hari yang mempersembahkan laporan tentang kejayaan program-program kerajaan.

Keputusan UPSR pertengahan bulan ini

Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dijangka diketahui pertengahan bulan ini.

Lembaga Peperiksaan Malaysia dijangka mengumumkan keputusan peperiksaan itu pada minggu terakhir, sebelum sesi persekolahan 2011 berakhir pada 17 November depan.

Jika Terengganu mampu mengekalkan rekod sebagai negeri terbaik bagi peperiksaan tersebut tahun ini, bermakna negeri ini menjadi juara UPSR seluruh negara buat tahun ke-11 berturut-turut.

07/11/2011

HUSAM MUSA PERLUKAN 3% NILAI PETROLEUM KELANTAN


Husam Musa perlu dapatkan juga nilai 5% petroleum yang dijanjikan untuk Rakyat Kelantan sebelum beliau turun tahta.  Wow hebat, hebat, hebat.... 

Haprakdaily Spin Isu DS Najib Tidur Semasa Mesyuarat CHOGM

Dari hari ke hari berita-berita yang disiarkan di dalam Haprakdaily begitu memualkan. Tiada isi, berita dan maklumat. Hanya penuh dengan sampah sarap, pembohongan, fitnah dan spin isu-isu basi. Sudahlah semalam Haprakdaily dan Suara Keldaian Daily kantoi tahap tertinggi apabila fitnah mengenai anak perempuan DS Najib berbelanja ratusan ribu di Perth rupanya satu fitnah sedangkan hakikatnya anak-anak perempuan DS Najib tidak langsung berada di Australia pada masa mesyuarat CHOGM. Ini pula fitnah dan spin terbaru yang cuba dilakukan kedua-dua akhbar sampah ini.


Anak ADUN PAS Disyaki Terlibat 5 Kes Samun 7-Eleven

Gambar hiasan
Panas! Panas! Panas! ADUN-ADUN PAS sibuk memuaskan nafsu dengan berkahwin dua tiga sedangkan anak-anak sendiri terbiar, melarat dan ada yang bakal jadi penjenayah.

Terbaru, anak lelaki kepada salah seorang ADUN PAS Kelantan ditahan polis malam tadi, malam raya Aidil Adha pulak tu, kerana disyaki terlibat dengan 5 kes samun premis-premis 7-Eleven sekitar Kota Bharu.

06/11/2011

MAT SABU BUAT HAL LAGI DI BANDARAYA MELAKA


Dalam kenyataannya - Mat Sabu membabit Raja-Raja didalam politik

BANDARAYA MELAKA - Barisan Nasional (BN), khususnya Umno didakwa menggunakan senjata 3R iaitu ‘Racist, Religion, Royal’ (rasis, agama dan Raja) bagi mempengaruhi rakyat menyokong mereka.

Sambil melabelkan mereka sebagai dalam keadaan nazak, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, tindakan menggunakan senjata 3R itu nyata gagal mempengaruhi rakyat.

Malaysia perlu pakar ICT hadapi serangan penggodam


Malaysia perlu menyediakan lebih ramai pakar dalam bidang pengkomputeran dan teknologi maklumat untuk menangkis serangan penggodam terhadap sistem pengkomputeran negara.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, apa yang berlaku lebih dua bulan lalu di mana 119 laman web terutama milik kerajaan digodam tidak harus dipandang remeh dan perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan kejadian sama berulang.

Seksualiti Merdeka suatu penghinaan kepada negara

Tindakan penganjur Program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam dan berakhir 13 November depan, mengadakan program yang di luar tabie itu disifatkan sebagai penghinaan terhadap undang-undang dan budaya bangsa negara ini.

Pengarah Strategik Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Wira Rosli Mat Hassan berkata, perkara pgogram itu boleh dianggap biasa bagi negara luar seperti Amerika, tetapi ia amat luar biasa bagi negara kita Malaysia.


“Undang-undang dan budaya yang ada di negara kita tidak boleh menerima sama sekali apa yang ingin dituntut oleh golongan yang mewakili 20 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu,” katanya dalam sidang media di majlis Graduasi Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu.

05/11/2011

PERKHIDMATAN CITYLINK EXPRESS SDN BHD MENGECEWAKAN !!!


Marang 05/11/2011 - Perkhidmatan syarikat penghantaran Citylink Express Sdn Bhd Cawangan Kuala Terengganu adalah sangat-sangat mengecewakan dan tidak menepati apa yang telah dijanjikan dalam etika kerja syarikat tersebut.

DUA PULUH HARI KOMA SETELAH TERJATUH DAN TIADA RAWATAN SUSULAN


Gong Beris 04/11/2011 - Encik Muda bin Mohd, 65 tahun tiba-tiba terjatuh diluar rumahnya dan terus tidak sedarkan diri lebih kurang 20 hari yang lalu.  Mangsa kemudian terus dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Trg untuk mendapatkan rawatan dan telah dimasukan ke Wad ICU 8C. Namun begitu beliau terus koma sehingga pada 02/11/2011 telah discharge dari Wad ICU 8C tanpa diberitahu masalah yang dihadapi oleh pesakit kepada ahli keluarga. Kebimbangan keluarga terus melanda akibat tidak diberi perhatian terus oleh pihak Hospital apabila terlantar dirumah tanpa rawatan susulan sejak tarikh discharge.

AKIBAT KELEWATAN MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL KAKI DIPOTONG




Rhu Rendang 04/11/2011 - Baru enam kejadian berlaku En. Jusoh bin Rani, 54 th telah terpijak paku berkarat dirumah beliau. Beliau kemudiannya telah mendapatkan rawatan di Klinik Swasta berdekatan dan hanya diberi suntikan oleh Dr berkaitan. Keenganan beliau untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kerajaan, menyebabkan tapak kaki beliau mulai bertukar warna hitam akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya.

04/11/2011

PKR MENANG PRU 13 - KAKITANGAN AWAM AKAN DIKECILKAN

Anwar membebel panjang sebelum menyertai mesyuarat strategik pilihanraya PKR kelmarin. Kenyataan Tony Pua kepada China Press – bahawa Pakatan Rakyat akan mengecilkan jumlah kakitangan awam membuatkan Anwar pening kepala. Anwar selalu pesan kepada jentera PKR, jangan sampai hati kakitangan awam terhentak walaupun kita sibuk bermain politik. Anwar memang mahu pastikan majoriti pengundi perkhidmatan awam akan diberikan kepada pembangkang.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2011

Selamat mengerjakan Ibadah Korban


Image Detail

Berhati-hati diperjalanan, semuga sampai ke destinasi yang dituju.  Sayangilah orang yang tersayang sedang menunggu anda !!! SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH KORBAN.

Polis Haramkan Program Seksualiti Merdeka

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai Khamis mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program 'Seksualiti Merdeka' demi ketenteraman awam.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuranprogram itu termasuk Datuk S. Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

MAJLIS KONVOKESYEN TADIKA YAYASAN ISLAM TERENGGANU 2011


Kuala Terengganu 03/11/2011 - Majlis Konvokesyen Dan Persembahan Bakat Kanak-kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu tahun 2011, Cawangan Permint Jaya, Padang Hiliran dan Marang berlangsung di Dewan Besar Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu.  Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Che Mat bin Jusoh, Pegawai Pembangunan DUN Batu Burok.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...