Translate

05/11/2011

PERKHIDMATAN CITYLINK EXPRESS SDN BHD MENGECEWAKAN !!!


Marang 05/11/2011 - Perkhidmatan syarikat penghantaran Citylink Express Sdn Bhd Cawangan Kuala Terengganu adalah sangat-sangat mengecewakan dan tidak menepati apa yang telah dijanjikan dalam etika kerja syarikat tersebut.

DUA PULUH HARI KOMA SETELAH TERJATUH DAN TIADA RAWATAN SUSULAN


Gong Beris 04/11/2011 - Encik Muda bin Mohd, 65 tahun tiba-tiba terjatuh diluar rumahnya dan terus tidak sedarkan diri lebih kurang 20 hari yang lalu.  Mangsa kemudian terus dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Trg untuk mendapatkan rawatan dan telah dimasukan ke Wad ICU 8C. Namun begitu beliau terus koma sehingga pada 02/11/2011 telah discharge dari Wad ICU 8C tanpa diberitahu masalah yang dihadapi oleh pesakit kepada ahli keluarga. Kebimbangan keluarga terus melanda akibat tidak diberi perhatian terus oleh pihak Hospital apabila terlantar dirumah tanpa rawatan susulan sejak tarikh discharge.

AKIBAT KELEWATAN MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL KAKI DIPOTONG




Rhu Rendang 04/11/2011 - Baru enam kejadian berlaku En. Jusoh bin Rani, 54 th telah terpijak paku berkarat dirumah beliau. Beliau kemudiannya telah mendapatkan rawatan di Klinik Swasta berdekatan dan hanya diberi suntikan oleh Dr berkaitan. Keenganan beliau untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kerajaan, menyebabkan tapak kaki beliau mulai bertukar warna hitam akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya.

04/11/2011

PKR MENANG PRU 13 - KAKITANGAN AWAM AKAN DIKECILKAN

Anwar membebel panjang sebelum menyertai mesyuarat strategik pilihanraya PKR kelmarin. Kenyataan Tony Pua kepada China Press – bahawa Pakatan Rakyat akan mengecilkan jumlah kakitangan awam membuatkan Anwar pening kepala. Anwar selalu pesan kepada jentera PKR, jangan sampai hati kakitangan awam terhentak walaupun kita sibuk bermain politik. Anwar memang mahu pastikan majoriti pengundi perkhidmatan awam akan diberikan kepada pembangkang.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2011

Selamat mengerjakan Ibadah Korban


Image Detail

Berhati-hati diperjalanan, semuga sampai ke destinasi yang dituju.  Sayangilah orang yang tersayang sedang menunggu anda !!! SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH KORBAN.

Polis Haramkan Program Seksualiti Merdeka

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai Khamis mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program 'Seksualiti Merdeka' demi ketenteraman awam.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuranprogram itu termasuk Datuk S. Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

MAJLIS KONVOKESYEN TADIKA YAYASAN ISLAM TERENGGANU 2011


Kuala Terengganu 03/11/2011 - Majlis Konvokesyen Dan Persembahan Bakat Kanak-kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu tahun 2011, Cawangan Permint Jaya, Padang Hiliran dan Marang berlangsung di Dewan Besar Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu.  Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Che Mat bin Jusoh, Pegawai Pembangunan DUN Batu Burok.

03/11/2011

Bahasa SMS bantut usaha memartabat bahasa kebangsaan

Image Detail

Penggunaan bahasa ringkas dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) atau laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog dilihat membantutkan usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, justeru ia satu cabaran yang harus dihadapi dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu.

Pemuda Pas bantah Seksualiti Merdeka, Pemimpin PAS yang lain sokong???

Image Detail

Pemuda Pas membantah program Seksualiti Merdeka 2011 yang dijangka dirasmikan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk S Ambiga minggu depan.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, program itu tidak sepatutnya diadakan kerana ia budaya negatif yang tidak membantu perkembangan tamadun manusia.

Negeri Serambi Mekah Tercemar Dengan Sarang Pelacuran!!!!! - Apa kah ini perlu dicontohi ????

Bukti Pelacuran Terus Pesat di Kota Bharu : Ops Johnson II

Posted by Sheih kickdefella Klik disini -

Kad khas ganti tiket bola sepak

Image Detail

Kerajaan negeri bercadang untuk memperkenalkan kad khas sebagai mengantikan tiket untuk masuk ke stadium ketika perlawanan bola sepak di negeri ini pada masa akan datang.

Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad said berkata, perkara ini boleh mengelak daripada berlaku penyelewengan penggunaan tiket berulang kali di kalangan penonton.


Monsun Timur Laut melanda Terengganu awal bulan ini


Negara diramalkan mengalami Monsun Timur Laut mulai awal November sehingga awal Mac 2012 yang boleh menyebabkan hujan lebat dan banjir di beberapa negeri termasuk Terengganu.

Menurut Jabatan Meteorologi, dalam tempoh musim ini, negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, kawasan pantai Sarawak dan Pantai Timur Sabah akan mengalami hujan lebat yang berterusan selama dua hingga tiga hari akibat luruan monsun.


02/11/2011

KES RASUAH KAKITANGAN AWAM DI KELANTAN MENINGKAT ????


KOTA BHARU 31 Okt. – Kerajaan Pas Kelantan kecewa dengan peningkatan mendadak kes membabitkan masalah integriti di kalangan kakitangan awam negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim berkata, pada tahun lalu, sebanyak 309 kes disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membabitkan kakitangan awam negeri ini.

Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak jika dibandingkan pada 2009 yang mencatatkan sebanyak 200 kes penyelewengan, salah laku dan salah guna kuasa.

Stesen Siren Amaran Banjir di Negeri Terengganu



BilNama StesenDaerahSungai
1Kg. La (Upstream)BesutBesut
2Kg. La (Downstream)BesutBesut
3Pangkalan NangkaBesutBesut
4Kg Jabi / RenekBesutBesut
5Seberang JertehBesutBesut
6Kg PayaDungun-
7Pasir RajaDungunDungun
8Kg. NibongHulu TerengganuTelemong
9Kuala PingHulu TerengganuTelemong
10Pengkalan AjalHulu TerengganuTelemong
11Kg. Paloh NyiorHulu TerengganuKerteh
12Jam. TeladasKemamanKemaman
13Pengkalan RanggonKemamanKerteh
14Bukit MentokKemamanKemaman
15Padang KubuKemamanTebak
16Taman Seri EmbunKuala Terengganu-
17Kg Lubuk PeriokHulu Terengganu-
18Gong BalaiMarangMerchang
19Gong NangkaMarangMarang
20Kg. Gong TerapSetiuChalok
21Kg. LangkapSetiuNerus
22Jam. GuntungSetiuGuntung
23Pengkalan MerbauSetiuSetiu
24Jam. PermaisuriSetiuSetiu
25Hulu SeladangSetiuSetiu
Bunyi Siren Amaran Awal Banjir - Bunyi pada paras air bahaya


Bunyi Siren Amaran Awal Banjir - Bunyi pada paras air amaran


Timbang kuota 20 peratus untuk golongan muda

Image Detail

KERAJAAN Terengganu diharap dapat mempertimbangkan pemberian kuota 20 peratus kepada golongan muda untuk membeli rumah di bawah program Rumah Mampu Milik (RMM) yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin ketika mencadangkan demikian berkata, perkara itu perlu sebagai satu inisiatif kerajaan negeri kepada golongan berkenaan di negeri ini yang rata-rata masih tidak mempunyai rumah sendiri.

01/11/2011

HEBAT3..AMBIGA RASMIKAN PROGRAM GAY DAN LESBIAN ! PEMUDA PAS MESTI GEMBIRA

Hooray.

Mursidul Am PAS versi wanita iaitu Ambiga akan merasmikan program Merdeka Hak Asasi Seks untuk gay dan yang seangkatan dengannya.

apa komen pas ?
apa komen nuar ?
nik ajis dan hadi mesti gembira tak terhingga kan ?

Dewan Pemuda PAS tak nak buat demo ke ?
Elton John boleh, ini apa cerita pulak ?

Mat rempit menganas di Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Sekumpulan penunggang motosikal termasuk seorang ahli persatuan bukan kerajaan (NGO) ditahan ekoran gagal mematuhi arahan pihak polis ketika menyertai perhimpunan haram di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.
Mereka yang ditahan ialah empat remaja dan Pengasas Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga), Sabaruddin Ahmad di hadapan pekarangan DUN di sini kira-kira pukul 1.30 petang.

ORANG ISLAM (PAKATAN PEMBANGKANG) DI NODAI AJARAN KRISTIAN


Pakatan Pembangkang - sudah terang dan nyata, bukti yang kukuh menunjukkan orang Islam (Parti Pembangkang) telah dinodai oleh ajaran Kristian ATAU Konspirasi UMNO ??

Konspirasi Bangang Pakatan Pembangkang Ataupun Kerja Bodoh Barisan Nasional?

Posted by PAPA GOMO
“Menurut sumber, ibu pejabat PKR tersebut telah dipecah masuk secara senyap baru-baru ini yang mengakibatkan kehilangan beberapa dokumen penting dan sulit.

“Sepenting mana atau sesulit mana dokumen-dokumen yang hilang itu tidaklah saya ketahui, namun dikhabarkan ia mengandungi maklumat-maklumat dan perancangan Pakatan Rakyat untuk masa hadapan,”


31/10/2011

Tahniah buat pasukan “Penyu”


Walaupun tidak berjaya memenuhi impian bergelar juara berganda bagi Piala FA dan Piala Malaysia 2011, sekalung tahniah buat pasukan Terengganu yang dinobatkan naib juara Piala Malaysia musim ini, selepas kalah tipis 1-2 kepada Negeri Sembilan pada perlawanan akhir malam tadi.

Meskipun perit dengan kekalahan itu, secara keseluruhan pasukan Terengganu masih boleh berbangga dengan kehebatan mereka sepanjang musim ini – juara Piala FA, naib johan Piala Malaysia dan naib juara liga Super.

30/10/2011

Pas dan Elton John


Konsert penyanyi terkenal Elton John yang dijadualkan berlangsung di Genting Hihglands pada 22 November depan mendapat bantahan Pas.

Pemuda Pas Pahang dilaporkan menggesa agar konsert itu diharamkan kerana Elton John mengamalkan budaya gay yang dikhuatiri memberi kesan negatif kepada generasi muda negara ini.

PERKASA DAN TAN SRI RAHIM NOOR


BISIK-BISIK MINGGUAN AWANG SELAMAT


Majlis perasmian Persidangan Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di ibu negara, baru-baru ini meninggalkan kesan yang bukan sedikit.
Hampir 7,000 perwakilan dan pemerhati hadir sehingga melimpah ke luar dewan.

Di sebalik Perkasa menerima banyak tekanan dan asakan, ternyata sokongan kepada pertubuhan tersebut terus meningkat termasuk dari kalangan orang muda.

Khatam Al-Quran Beramai-Ramai Tercatat DAlam Malaysia Book Of Records


KUALA TERENGGANU: Terengganu pada Sabtu mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records apabila seramai 20,133 pelajar Kelas Fardu Ain (Kafa) negeri ini khatam Al-Quran.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Khazan Che Mat berkata jumlah itu meningkat berbanding tahun lepas seramai 16,929 orang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...