Translate

28/10/2011

Protes harga tiket mahal: Laman web FAM digodam



KUALA LUMPUR 28 Okt. – Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.

Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.

Pemimpin PAS suka khalwat dengan Isteri Orang

Tonton dan hayati lah sehingga selesai

Parti Ajaran Sesat (PAS) latih Penunjuk Perasaan

Tonton dan hayati lah sehingga selesai

PERKASA sokong CUEPACS protes kenaikan harga barang


Image Detail
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyokong saranan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya melakukan protes terhadap kenaikan harga barang terutamanya ayam mulai bulan depan.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia bagi memberi pengajaran kepada peniaga atau penjual ayam supaya mereka sedar dan insaf dengan perbuatan menaikkan harga sesuka hati.

PERHIMPUNAN AGM KALI KE 2 PERKASA



Kehadiran perwakilan dan pemerhati sekitar 7,000 Ahli Perkasa dari seluruh Pelusuk Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.
Majlis telah dirasmikan olrh YBhg. Tan Sri Rahim Nor bekas Ketua Polis Negara.
YB Presiden Perkasa Dato’ Ibrahim Ali telah memberikan ucapan dasar yang bertajuk ‘Perkasa Pemangkin Perpaduan’ (Ucapan dasar boleh di baca disini) Ucapan yang merangkumi segala aspek isu semasa dan kehidupan di tanah air Malaysia hari ini.

27/10/2011

24,000 Berjaya Peroleh Pekerjaan Melalui Karnival Kerjaya Pemuda BN


KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Seramai 24,000 penganggur dan lepasan universiti telah berjaya mendapatkan pekerjaan dalam pelbagai bidang melalui penganjuran beberapa siri Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) sejak 10 bulan lepas.

Pengerusinya Nazir Hussin Akhtar Husin berkata karnival yang diperkenalkan Mac lepas telah berjaya membuka beribu peluang pekerjaan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira latar belakang pendidikan.

25/10/2011

Ariel Sharon Dalam Neraka Dunia, Sudah 5 Tahun Koma


Semua kita tahu mengenai cerita Kamal Artaturk yang mati secara terhina sehingga bumi tidak menerimanya. Namun manusia terus berani menentang Allah. Terbaru Allah buktikan kekuasaannya seperti berlaku di zaman Firaun dan Qarun yg mana kedua mereka mati dalam keaiban.

Lebih 6 juta belia hadapi krisis identiti


PUTRAJAYA 23 Okt. - Lebih enam juta belia di negara ini didakwa menghadapi krisis kecelaruan identiti disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup Barat.

Dapatan tersebut diperoleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hasil tinjauan melalui media alternatif seperti laman sembang sosial Facebook dan Twitter yang dihoskannya bermula Januari tahun ini.

Sehingga kini terdapat kira-kira 11.65 juta belia di Malaysia iaitu 40.28 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini.

HISHAMUDDIN PERLU LEBIH TEGAS DALAM MEMBENDUNG WARGA AFRIKA / DADAH

Image Detail

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan beberapa kementerian lain sedang meneliti semula pengeluaran pas pelajar asing, terutama dari Afrika, berikutan laporan masalah yang timbul dengan kehadiran pelajar asing di negara ini.

Sudah beberapa tahun nak teliti pengeluaran pas pelajar, tetapi semakin menjadi-jadi.


"Keputusan penelitian ini akan dimaklumkan kemudian," kata menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan kementerian itu pada sidang Dewan Rakyat.

24/10/2011

KENAPA LAH BODOH SANGAT USTAZ IDRIS AHMAD ????


Petikan harakahdaily 24/10/2011Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno mesti memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, jika benar-benar ikhlas hendak melawan komunis.
“Beliau jangan membohongi rakyat dalam isu komunis,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Haramkan pukat tunda

Image Detail

Sektor perikanan di Malaysia sedang menuju ke arah kemusnahan berikutan pengurusan yang tidak cekap dan kegiatan menjarah sumber perikanan sejak beberapa dekad yang lalu hingga menyebabkan bekalan ikan di negara ini semakin pupus.

Menurut data Perikanan Dunia (World Fish), bekalan ikan di perairan kita menurun  antara 80-90 peratus. Salah satu punca utamanya ialah akibat kegiatan nelayan pukat tunda yang menarik pukat yang besar dan berat di sepanjang dasar laut.

Plat logam besar dan roda getah yang terikat pada pukat bergerak di sepanjang dasar laut dan memusnahkan apa saja yang berada di dalam laluannya.


Telor MAT SABU semakin kecut ekoran pendedahan PM - Polis ada bukti rakaman

alt

Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang dihantui oleh pendedahan rakaman perbualan ‘ panas’ dengan isteri orang, Normah baru-baru ini kini kena bakal diganggu oleh satu lagi rakaman.

Ini bukan bab dengan wanita lain pula....tetapi rakaman temubual dengan Mat Indera,orang yang mengetuai gerombolan komunis dalam serangan keatas balai polis Bukit Kepong.

Insafi lah wahai umat Islam, janganlah kamu bermusuh2an

Tontonilah sehingga akhirnya


23/10/2011

POGRAM PINTAR - KHATAM ALQURAN 2011


TERENGGANU boleh berbangga apabila satu lagi teknologi baru, al-Quran Digital telah diperkenalkan Yayasan Islam Terengganu (YIT) bagi memudahkan pembacaan al-Quran di kalangan masyarakat.

Naskah itu merupakan buku elektronik yang dilengkapi 30 juzuk al-Quran di samping menggunakan teknologi skrin sesentuh selain berupaya mengeluarkan suara bagi memudahkan pengguna mendengar setiap bacaan dialunkan.

Perhimpunan Sejuta Umat Islam 'HIMPUN' GAGAL??!


Perhimpunan Sejuta Umat Islam ini mencapai tujuannya. Mengabung umat Islam tidak kira ideologi dan pendapat. Semuanya bersatu dengan satu tujuan iaitu mahu jenayah akidah umat Islam dibenteras.

Malaysia Hulur Bantuan US$1Juta Kepada Thailand


Kerajaan Malaysia bersetuju menghulurkan bantuan kemanusiaan sebanyak US$1 juta (kira-kira RM3.12 juta) kepada Thailand yang kini dilanda banjir besar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sambil melahirkan rasa sedih dan simpati, Muhyiddin berharap sumbangan kemanusiaan itu sedikit sebanyak mengurangkan kesusahan dan kesengsaraan yang dialami rakyat negara itu. "Kita rasa sedih dan bersimpati dengan apa yang berlaku di Thailand. Kita lihat banjir yang besar hampir dengan sebahagian daripada bandar raya Bangkok dan kawasan-kawasan sekitar Ayutthaya tenggelam dan rakyat mereka berpindah ke kawasan-kawasan yang tinggi. Kita lihat semua ini.
"Sebab itu di peringkat awal di Kabinet semalam kita putuskan (untuk hulurkan) bantuan itu walaupun tak diminta," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada majlis 'Penerangan Perdana Nurani Rakyat Sayangi Selangor bersama Timbalan Perdana Menteri' di sini, Sabtu.

Masalah Dalaman BN Perlu Diselesaikan Segera - Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan parti komponen Barisan Nasional (BN) segera menyelesaikan masalah dalaman parti masing-masing dan tidak menunggu sehingga tiba Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.
Bimbang dengan pergeseran dalaman parti, Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau telah mengadakan proses pertemuan dengan pemimpin parti komponen bagi membincangkan soal persiapan parti masing-masing menghadapi PRU nanti.

22/10/2011

Undang-undang hudud luluskan suami meliwat isteri


Image Detail

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat semalam, menjadi hangat apabila seorang wakil Bebas mendakwa undang-undang hudud diluluskan kerajaan Pas semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri. 

Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata, jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami berbuat demikian.

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) ‘tambak laut’ tarik pelaburan RM5 bilion


PROJEK Kuala Terengganu City Centre (KTCC) yang dibangunkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bakal menjadi pemangkin kepada transformasi pembangunan negeri ini dengan nilai pelaburan RM5 bilion.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, projek yang merangkumi tiga pemangkin utama iaitu pusat gaya bersepadu, pusat komersial dan hab pendidikan itu mewujudkan lebih 82,000 peluang pekerjaan kepada penduduk Terengganu menjelang 2020.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...