KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat semalam, menjadi hangat apabila seorang wakil Bebas mendakwa undang-undang hudud diluluskan kerajaan Pas semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri.
Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata, jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami berbuat demikian.