Translate

18/10/2011

Kolej sarang penjenayah?

Image Detail

Betapa mudahnya pelajar warga asing khususnya dari benua Afrika untuk masuk ke negara ini, seterusnya menjalankan kegiatan berunsur jenayah dan seolah-olah dilindungi pula oleh kolej swasta tempat mereka belajar.

Modus operandinya, pelajar itu hanya perlu mendaftarkan diri di kolej terbabit tanpa diwajibkan menghadiri kelas. Mereka hanya perlu menduduki peperiksaan apabila tiba waktunya.

Kerajaan Perlu Ambil Tindakan Ke Atas Ibu Bapa Tidak Hantar Anak Ke Sekolah


KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Seorang Anggota Parlimen mencadangkan supaya tindakan dikenakan ke atas ibu bapa yang masih tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan alasan kurang berkemampuan.

Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berkata ibu bapa tidak boleh menggunakan alasan kurang berkemampuan lagi kerana kerajaan telah memansuhkan yuran persekolahan untuk sekolah rendah dan menengah bermula sesi persekolahan tahun depan.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat di sini Isnin.

17/10/2011

Enggan Minta Maaf, Dr Mahathir Anggap Dr Aziz Bari Kurang Ajar

Image Detail
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Profesor Dr Abdul Aziz Bari memohon maaf serta menarik balik kenyataannya yang mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan gereja di Damansara Utama Ogos lalu, 'sebagai kurang ajar'.
Beliau berkata kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bertentangan dengan moral masyarakat Timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam bahasa Melayu.

Pasukan lawan puji kehebatan Terengganu


Keupayaan Skuad “Penyu” mengekang pasukan Kelantan pada pertandingan suku akhir kedua Piala Malaysia di gelanggang lawan Jumaat lalu, mendapat pujian Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut beliau, walaupun Kelantan kecewa dengan keputusan yang memihak kepada Terengganu, perlawanan antara kedua-dua pasukan dari Pantai Timur itu merupakan pertandingan yang terbaik dan pihaknya akur dengan kehebatan pasukan Terengganu.

16/10/2011

Mansuh PPSMI: Keputusan Dibuat Berdasarkan Masalah Murid & Guru

Image Detail
SEREMBAN: Keputusan kerajaan untuk memansuhkan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat selepas mengenal pasti terdapat murid-murid yang masih sukar berkomunikasi dalam bahasa tersebut sejak program itu diperkenalkan enam tahun lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu turut mengambil kira masalah guru-guru yang tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik sehingga menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kabinet Bincang Minggu Depan Cara Bayaran Khas RM500

Image Detail
KUALA LUMPUR: Arahan lebih jelas bagaimana bantuan RM500 akan diberikan kepada setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Beliau berkata terdapat banyak pertanyaan dari orang ramai mengenai perkara itu dan ia perlu diselesaikan segera sebelum menjadi kontroversi.

15/10/2011

PAS SOKONG AKTA MURTAD


KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pemimpin utama Pas digesa supaya tidak berdiam diri berhubung cadangan mewujudkan Akta Murtad bagi membendung gerakan memurtadkan umat Islam yang semakin berleluasa di negara ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sokongan dan kerjasama daripada parti itu penting demi melindungi akidah umat Islam seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan negara.

Sehubungan itu, beliau mahu pemimpin Pas seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu menyatakan pendirian mereka berhubung isu itu tanpa mengambil kira perbezaan ideologi dan pegangan politik.

PAS MERTABATKAN AMBIGA DARIPADA PARTINYA



PAS Sanggup menjulang serta memertabatkan AMBIGA (Dajal Mata Satu) daripada segala-galanya.

Bendera tersebut berkibar megah berhampiran dengan Jambatan Sultan Mahmood, Kuala Terengganu berdekatan dengan papan tanda ke Pulau Duyong.

Penyokong pakatan haram terutama PAS sebenarnya dah kena tipu hidup-hidup dengan Ambiga pandikutti, inilah nilai seorang peguam yang sanggup menipu anak guamnya, setiap kali berceramah, ambiga pandikutti berkata, perhimpunan berSHIT 2.0 adalah sah di sisi perlembagaan, betul apa yang ambiga cakap tu, tapi perhimpunan untuk menghuru-harakan negara tak sah di segi perlembagaan malah perhimpunan itu di tegah dalam perlembagaan.

14/10/2011

Dedahkan punca sebenar PAS disingkir dari BN

Image Detail

Rakyat acap kali dimomokkan dengan cerita bahawa Parti Islam SeMalaysia (Pas) 'angkat kaki' dari kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1977 dahulu disebabkan oleh 'sifat kejam' dan 'tikam belakang' kerajaan terhadap Pas pada masa itu.

Kerana itulah, apabila ada sahaja usaha untuk mewujudkan perpaduan dan kesatuan antara parti politik UMNO dan BN bersama Pas tidak lama dulu, akan ada suara sumbang daripada juak Pas mendendangkan lagu dan ceritera dongeng yang sama, bahawa kerajaan BN telah 'menganaktirikan' Pas suatu ketika dulu.

Bob Lokman mengakui lebih hebat daripada Nik Aziz dan DS Hadi


Hebat sungguh bekas artis kita ni yang kini jadi penceramah PAS.Lagaknya macam dialah lebih Islam dari segala orang Islam di negara ini.

Itu berdasarkan cakapnya yang dipetik Malaysia Insider: Saya bukan nak masuk politik, (atau) jadi wakil rakyat, saya nak bantu orang-orang Islam negara kita ini, mengaku kenal Allah, kenal Islam, tapi sebenarnya Islam pada nama, pada Melayu sahaja.

Najib Mahu Malaysia-Indonesia Cari Pelesit Rosak Hubungan Dua Hala

Image Detail

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Malaysia dan Indonesia mencari "pelesit" yang cuba merosakkan hubungan mesra dan rapat anatara kedua-dua negara itu.

Sambil menyatakan hubungan baiknya dengan pucuk pimpinan negara jiran itu, Perdana Menteri berkata kedua-dua negara perlu rapatkan hubungan dan mesti bersatu.

Bajet 2012 bajet luar biasa

Image Detail

Tiga ahli panel program Diskusi Bajet 2012 mengakui bajet yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Dato’ Seri Najib Tun Razak baru-baru ini adalah luar biasa dengan menawarkan pelbagai insentif untuk rakyat berbilang kaum.

13/10/2011

Kedutaan Malaysia di Jakarta diserang

Image Detail
Kurang ajar

Isu sempadan Malaysia-Indonesia di Kalimantan Barat yang dihangatkan oleh media tempatan telah menyebabkan sekumpulan rakyat Indonesia mengadakan demonstrasi dan bertindak liar depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada Rabu sehingga merosakkan cermin pos pengawal.

Kumpulan dari Forum Betawi Rempug (FBR) yang berjumlah kira-kira 650 orang berdemonstrasi selama satu setengah jam mulai pukul 1 petang Rabu, melempar benda keras seperti batu, kayu dan buluh serta telur ke dalam kawasan kedutaan.

7 kategori Anugerah Belia Terengganu

PENYAMPAIAN Anugerah Belia Terengganu yang sempena sambutan Hari Belia dijadualkan berlangsung November ini.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri, Abdul Aziz Abd. Rahman berkata, anugerah itu bagi menghargai jasa individu dan pertubuhan terhadap pembangunan belia di negeri ini.

OKT SEMEMANGNYA TERLIBAT- PENDAKWA RAYA

Image Detail

Pendakwa Raya Ooi Chooi Gaik dalam sesi penggulungan pihak pendakwa memberitahu mahkamah bahawa, (Orang Kena Tuduh) OKT sememangnya individu yang terlibat dalam kes ini.

Katanya, ini jelas kerana sewaktu ketiga-tiga YB Mohd Ariffin Abdullah (Adun Paka), Abd Halim Jusoh (Adun Permaisuri) dan Datuk Rosol Wahid (Adun Ajil) menerima SMS ugutan, mereka bersepakat untuk terus mengadakan sidang media.

12/10/2011

DR RAMZI SERAH DUIT KEPADA IRWAN PEGAWAI KERANI IBU PEJABAT UMNO UNTUK LAKSANAKAN SMS BLAST KEMPEN CALON MT DATO’ SERI IDRIS JUSOH


Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir, Bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu, mengakui mengenali individu bernama Mohd.Irwan Zainal Abidin pada tahun 2008, padaka ketika itu beliau (Mohd. Irwan) menyandang jawatan pegawai kerani di pejabat Umno Malaysia.

Beliau (Dato’ Dr Ahmad Ramzi) pernah bertanyakan kepada Irwan apa istimewanya “SMS blast” kerana beliau ingin tahu mengenainya bagi bagi tujuan kepentingan kempen Dato’ Seri Haji Idris Jusoh yang pada ketika itu beliau (Dato’ Seri Haji Idris Jusoh) adalah calon dalam pertandingan Majlis Tertinggi Umno.

PAKAR IT DIPANGGIL BERI KETERANGAN

Image Detail

Pakar IT beri keterangan di mahkamah berhubung kes ugutan bunuh melalui SMS

Pakar kanan Teknologi Maklumat (IT), Fong Choong Fook, adalah saksi yang dipanggil memberi keterangan sebagai saksi pihak peguambela berhubung kes ugutan bunuh melalui SMS yang membabitkan bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Dato’ Seri Haji Idris Jusoh, iaitu Datuk Dr.Ahmad Ramzi Mohd Zubir hari kedua hari ini (11 Oktober) di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...